Mamat Exists akhirnya respon lawak Nabil Ahmad

11,787 views

Sebaik selesai vokalis dari Exists iaitu Ezad Lazim membuat persembahan dan diperkenalkan sebagai salah seorang peserta musim baru Gegar Vaganza, pengacara Nabil Ahmad ada bergurau tentang seorang lagi penyanyi Exists iaitu Mamat. 

Kata Nabil, Mamat tak turut serta kerana sedang berada di tempat yang tinggi. 

Ingatkan Mamat Exist yang masuk.” Kata Elly Mazlein. 

Nabil kemudian menjawab: “Ezad kat sini, abang Mamat tak dapat join sebab ada kat tempat yang lebih tinggi.” 

Jihan Muse kemudian berkata: “Yelah lah abang Mamat tengah hiking.” 

Perkataan yang digunapakai oleh Nabil Ahmad tentang berada di tempat yang tinggi itu mendapat reaksi kurnag senang dari para penonton. 

Di media sosial, ramai mengatakan Nabil tak patut berkata sedemikian, seakan menyindir Mamat Exist. 

Nabil kemudian mempertahankan diri dengan berkata maksud tinggi itu ialah Mamat berada ditahap yang lebih tinggi iaitu dah bergelar legend. 

Melihat hal ini diperkatakan ramai, akhirnya Mamat Exist telah tampil bersuara. 

Melalui laporan Harian Metro, Mamat telah memberi sedikit pesanan dan juga ingatan kepada Nabil. 

Penyanyi berumur 45 tahun ini meminta Nabil supaya lebih berhati hati ketika bergurau ketika di pentas Gegar Vaganza. 

Walaupun dia dah dengar penjelasan dari Nabil, Mamat akui memang ada orang di luar sana yang tak boleh terima gurauan sedemikian.  

“Itu bergantung kepada pemahaman orang. Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya ni dah malas nak besar-besarkan hal ni.”  

“Cuma jika boleh Nabil kena berhati-hati semasa berkata-kata.”  

“Saya beri ingatan ini sebab rancangan Gegar Vaganza ni bukan rancangan biasa.” 

“Ini antara rancangan yang dah tahap grand.” 

“Oleh itu, kalau cakap lepas macam tu, nanti ianya akan jadi isu.” 

“Sebelum ini pun, ada isu tentang penampilan saya, jadi apabila Nabil gurau sedemikian, ianya akan tarik perhatian orang ramai lagi tentang isu ini.”  

Itulah respon balas dari Mamat Exists tentang percakapan Nabil Ahmad di pentas Gegar Vaganza All Stars baru-baru ini.