Jom tengok rumah Siti Elizad, konsep moden dan mewah

6,624 views

Siti Elizad, 29 tahun, merupakan satu nama yang tak asing lagi di dunia seni tanah air. 

Terkenal sebagai pelakon yang hebat, Siti Elizad kemudian telah menceburi bidang penyampai radio, bersama Sinar FM. 

Namun baru-baru ini, setelah hampir 4 tahun, Siti Elizad mengumumkan bahawa dirinya telah pun mengundurkan diri dari penglibatannya dalam bidang penyiaran radio ini. 

Kata Siti Elizad, dia mengambil keputusan untuk kembali semula ke dunia lakonan, setelah berehat panjang. 

“Saya ni lebih dikenali sebagai seorang pelakon. Dan saya akui, memang jiwa saya tu lebih kepada sebagai seorang pelakon, dalam dunia lakonan.” 

“Sekarang saya dah kembali bersedia untuk berlakon, dan dapatlah ubat kerindui, terutama peminat saya.” 

Nampaknya lepas ni dapatlah lihat kembali naskah lakonan Siti Elizad yang dah lama hilang dari dunia lakonan. 

Okey lah kembali ke topik asal, kali ini, bukanlah mahu bercerita panjang lebar tentang career Elizad, tapi kita bawakan sedikit paparan kediaman milik pelakon ini. 

Siti Elizad dan suaminya iaitu Shamsul Baharin, ada membeli sebuah rumah yang amat cantik pada tahun 2018. 

Pelakon ini memilih konsep modern dan mewah untuk rumahnya ini. 

Kombinasi warna hitam, putih dan juga emas ternyata telah menyerlahkan konsep yang dipilih pasangan suami isteri ini. 

Jom layan video rumah Siti Elizad ini. 

Ini pula video khas di ruang kitchen Elizad.

Kata Elizad, dia dan suami yang membuat segala decoration bersama. 

Apa yang paling menarik dalam hiasan rumahnya ialah terdapat sebuah cermin panjang yang amat cantik di ruang makan. 

Ruang kitchen juga memang amat cantik dan begitu function. Warna juga simple dan nampak kemas. 

Tahniah diucapkan buat Siti Elizad dan juga suami kerana memiliki rumah idaman yang amat cantik ini.