Ramai kata tutup perut sebab hamil, akhirnya Watie berterus terang mengapa

6,939 views

Baru-baru ini, Isteri kepada Shuib iaitu Watie Hanafiah dilihat sering menutup di kawasan perutnya semasa bergambar. 

Ini mencetuskan tanda tanya dari ramai warga maya, yang mengatakan kemungkinan ada baby bump, dan Watie mahu menutupnya. 

“Selalu tutup bahagian perut tu, mungkin dah hamil kot.” Itu antara komen yang ditulis para followernya. 

Ini ditambah lagi dengan satu gambar dari Shuib, yang berlatarbelakang lagu, yang berkait dengan ibu dan bapa. 

Lagu yang digunapakai oleh Shuib berjudul Nanti Kita Seperti Ini, berkisar tentang ibu bapa dengan anaknya. 

Melihat ramai yang komen sedemikian, akhirnya Watie tampil berterus terang. 

Menerusi laporan Kosmo, Watie memberitahu sebenarnya ada sebab dia menutup perutnya itu. 

Namun begitu, dia nafi bahawa dirinya ketika ini sedang berbadan dua. 

Sebenarnya Watie menutup perutnya kerana kelihatan buncit.  

“Sebenarnya saya belum hamil lagi, tutup perut tu sebab buncit. Tak mungkin saya nak sorok baby bump.” 

“Saya hanya nak sembunyikan bahagian perut, tetapi itu tetap orang nampak.” 

“Nak tutup baby dalam kandungan, tak mungkin lah.”  

Melihat ramai yang mahu melihatkan hamil, wanita berumur 35 tahun ini hanya meminta orang ramai hanya mendoakannya saja.  

“Sekarang ni belum lagi ada rezeki nampaknya. Doakanlah kami sebab apabila kita kongsi kita akan dapat lebih banyak doa yang baik.” 

Jelas Shuib, anak-anak tirinya iaitu anak Shuib, semuanya memang mahukan adik baru.  

“Mereka semua memang nak adik lagi dan kalau boleh sepasang kembar iaitu lelaki dan perempuan, tapi itu semua rezeki, dan belum ada lagi.”  

“Terima kasih kepada semua yang selalu doakan pada kami, cuma tak mengapa jika lambat kerana kami pun tak mahulah terburu-buru, semua rezeki.”  

Itulah penjelasan dari Watie tentang kehamilan anaknya bersama Shuib setelah mereka berkahwin pada bulan Jun 2023 yang lalu.