JPJ minta bantuan Polis kesan Opai

1,438 views

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaiti Aliff Awang atau lebih dikenali dengan nama Opai, telah gagal untuk hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ. 

Hal ini disahkan oleh pihak JPJ sendiri menerusi satu kenyataan dari Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur iaitu Erick Jusiang. 

Opai diminta hadir ke pejapat JPJ berhubung siasatan berkenaan penggunaan nombor plat ‘QPA1’ di sebuah kenderaan mewah jenis Mclaren baru-baru ini. 

Jelas Erick Jusiang, tindakan Opai yang tak hadir itu bagaikan mencabar pihak berkuasa. 

Tindakan selanjutnya, JPJ akan meminta bantuan dari pihak polis untuk mengesan Opai. 

Katanya lagi, suami pelakon berkenaan dipercayai masih lagi berada di ibu negara, Kuala Lumpur. 

Ini kenyataan yang dikeluarkan pihak JPJ.  

“Kita dah pun menyerahkan notis ke alamat rumahnya, akan tetapi selepas 14 hari dia gagal memunculkan diri.” 

“Oleh yang demikian, kita meminta bantuan polis disebabkan merekalah yang ada kuasa mengeluarkan waran dan mengesannya.” 

Untuk yang tertinggal kes ini, pada 20 Jun lalu, JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar kereta tersebut. 

Dari rekod, nombor plat dan juga kenderaan Mclaren itu bukan di atas nama Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang. 

Nombor berkenaan merupakan milik sebuah syarikat di Sarawak. 

Manakala kereta Mclaren berwarna hijau itu pula atas milik individu bernama Hafiz Wasa, yang dikatakan rakan kepada Opai. 

Hafiz Wasa sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa Opai dah pun membeli kereta berkenaan namun sehingga kini masih lagi belum sempat untuk membuat sebarang pertukaran nama kerana faktor sibuk atas urusan masing-masing. 

Sehingga kini, masih lagi belum ada sebarang kenyataan dari pihak Opai tentang mengapa tak hadir ke pejabat JPJ.