Keadaan terkini Nonny, akhirnya bertemu dengan Mila dan Heliza

2,860 views

Lama tak dengar kisah tentang penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah. Sebelum ini Nonny yang bermula dari Akademi Fantasia telah pun aktif dalam dunia lakonan. 

Namun sejak ada terpalit dengan bebrapa isu, Nonny dilihat telah hilang dari dunia seni tanah air. 

Akhirnya setelah lama menghilang, rakan baiknya iaitu Mila Jirin telah memberi update terkini tentang keadaan Nonny. 

Mila yang kini amat aktif dalam bidang perniagaan, telah bertemu dengan Nonny baru-baru ini. 

Menerusi satu entry di laman Instagram, Mila telah muatnaik pertemuannya dengan Nonny menerusi satu video. 

Jelas Mila, dia memang amat rindui rakannya itu, malah pernah mahu mencarinya sehingga ke rumah ibu Nonny. 

Ini komen dari Mila. 

“Memang saya tak sangka kerana akhirnya hari ini saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari.” 

“Dah nak sampai rumah mak dia saya nak ketuk.” 

“Nasib baik tak sampai depan rumah dia, memang dah nak pergi pun mujur dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat dah sampai dah.” 

Mila bertemu dengan dengan Nonny di sebuah pusat beli-belah dan makan bersama. 

Apa yang menarik perhatian ialah Nonny Nadirah kini dah pun kembali berhijab. 

Memang cantik betul Nonny, mengenakan baju serba hitam. 

Ini video dari Mila.

Keadaan terkini Nonny

Mila jumpa Nonny setelah tiga tahun menyepi

Posted by Online on Sunday, July 2, 2023

Jelas Mila, dia gembira bertemu dengan Nonny selepas tiga tahun dan harap Nonny tak hilangkan diri lagi lepas ini.  

“Selepas tiga tahun barulah berjumpa, syukur sangat, aku ni sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan tau.” 

Mila secara berseloroh tanya kepada Nonny, kemana menghilang.

Nonny menjawab: “Baru keluar dari mana, tak tau lah.

Selain dari Mila dan Nonny, Heliza turut sama datang untuk bertemu dengan Nonny. Ini kata dari Heliza. 

“Dah 17 tahun kita berkawan, semoga hubungan ini akan diredhai dan akan sampai ke jannah.” 

Diimbas kembali kisah Nonny pernah menjadi bualan setelah tampil dengan perubahan yang ketara sambil sudah menanggalkan tudungnya. 

Ketika itu, Mila antara rakan yang sehabis baik mahu membantunya, namun ternyata Nonny menjauhkan diri dan kemudian terus saja menghilangkan dirinya. 

Nonny Nadirah dan Mila sama-sama menyertai pertandingan Akademi Fantasi pada musim ke lima, yang turut disertai oleh Aizat, Dafi dan juga Heliza Helmi. 

Pertandingan itu dijuarai oleh Mila manakala Nonny telah tersingkir pada minggu ke empat.