Polis sahkan Tauke Raja Lawak tak didakwa

4,152 views

Pihak Polis Kuala Pilah membuat pengesahan bahawa pelawak yang pernah ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes iaitu Tauke Raja Lawak, tidak akan didakwa di Mahkamah Majistret.

Hal ini disahkan oleh Ketua Polis daerah, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani.

Jelasnya, ada dua individu lain seorang lelaki dan seorang wanita yang akan didakwa.

Kedua mereka didakwa di mahkamah atas kes berkenaan yang dibongkar oleh pihak polis sekitar awal bulan Ogos yang lepas.

Ini kenyataan dari pihak polis: “Seorang pelawak yang sebelum ini dikatakan ada terlibat dengan kes berkenaan, tak dihadapkan ke mahkamah.

Sebenarnya, penahanan pelawak tersebut sebelum ini hanya untuk bantu siasatan kes dan dia tidak akan didakwa di mahkamah esok.

Dalam pada itu, Tauke ada menulis tentang hal ini menerusi IG story nya, Tauke bersyukur semuanya kini sudah jelas.

Salam sahabat beriman, mudah untuk type, mengata orang lain. Syukur, berdiri atas kebenaran.

Sebelum ini, telah dilaporkan bahawa pelawak berkenaan ditahan untuk bantu siasatan melalui satu operasi diberi nama Op Pintas.

Tauke sebelum ini mengakui bahawa memang dirinya pelawak yang ditahan polis namun begitu menafikan penglibatannya.

Pelawak yang terkenal dengan kumpulan Jambu ini mengatakan dia hanya di soal siatan untuk bantu siasatan saja dan bukanlah suspek.

Tauke juga mengatakan wanita yang berada bersamanya di dalam kereta itu hanyalah adik angkat saja malah dikenali oleh isterinya dan pernah lepak bersama keluarganya di rumah, di Bukit Jalil.

Ketika kejadian, Tauke membantu adik angkatnya itu dengan menghantarnya ke Kuala Pilah. Tauke juga nafi ada barang terlarang dijumpai di dalam kereta sebaliknya hanya ada buah saja.

Namun begitu, dikhabarkan Tauke hanya dikenakan denda dan kompaun kerana kesalahan menerntas negeri tanpa kebenaran dan melanggar SOP.

Maka dengan ini jelaslah Tauke Raja Lawak hanya mangsa keadaan saja dan tidak terlibat dengan kes yang diwar-warkan sebelum ini. Memang Tauke ditahan untuk bantu siasatan saja.