Keadaan terkini Adam AF, di umur 40 tahun, sporting layan peminat

35,515 views

Rancangan nyanyian Akademi Fantasia pernah menajdi rancangan paling popular tak lama dulu. 

Akademi Fantasia yang sinonim dengan short form AF, pernah melahirkan ramai penyanyi dan penghibur tanah air termasuklah Mawi, Zahid, Vince, Mila, Adira, Hafiz Suip, Nabila Razali dan ramai lagi lah. 

Antara yang turut pernah mencipta nama menerusi AF ialah Adam dari musim kedua. 

Sudah berumur 40 tahun, Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam, kini masih lagi aktif, dan banyak menerima undangan nyanyian. 

Selain itu, Adam juga dilihat menceburi bidang perniagaan dan juga trading. 

Sebenarnya dah lama juga tak nampak Adam AF di kaca televisyen, yang terakhir mungkin ketika melibatkan diri dalam satu rancnagan di TV Al Hijrah iaitu Hijrahkan Laguku pada tahun 2021. 

Baru-baru ini, menerusi satu video di akaun bernama Yuyu Abd Wahab, wanita ini telah muatnaik pertemuannya dengan Adam. 

Pertemuannya itu berlaku di satu seminar content creator. 

Wanita bernama Yuyu itu bertanya kepada Adam, sama ada betul memang dirinya Adam AF, penyanyi yang pernah menjadi idola ramai satu ketika itu. 

“Awak Adam AF, eh.” 

Adam kemudian menjawab, “Memang ramai yang cakap macam tu.” 

Kemudian wanita berkenaan meminta Adam AF untuk belanja satu lagu. 

Adam yang amat sporting, terus menyanyikan sedikit. 

Ini videonya.  

Di ruangan komen, ramai yang teruja dapat melihat gambar terkini Adam AF, sekurangnya dapatlah ubati kerinduan untuk melihat Adam setelah lama menghilang. 

“Betul ke tu adam, wah dah lain sikit muka dia.” 

“Memang dia lah tu, dia dah berisi dah, biasalah dah berumur sikit.” 

“Minta dia pakai bandangan (bandana).” 

“Dia ni dulu crush saya, katil, locker, meja study di asrama semua ada muka dia, masa sekolah.” 

“Sama lah, dulu aku pergi makmal komputer hanya sebab nak search pasal dia, time skeolah dulu.” 

“Malu-malu juga Adam ni orangnya.” 

Ini gambar terini Adam AF tahun 2023.

Kepada yang tak ingat, Adam AF pernah menjadi terkenal malah berkolaborasi dengan kumpulan KRU. 

Antara lagu Adam AF ialah Haruskah, Tak Tahu, Benar-benar dan Menggegar Dunia.