Qistina Raisah kena buang sekolah

60,877 views

Qistina Raisah, 14 tahun, antara pelakon remaja yang sedang meningkat naik. 

Berbakat besar, Qistina Raisah kini mempunyai ramai peminat tersendiri, dengan memiliki satu juta pengikut di IG. 

Menempah nama di usia dan sudah bekerja, ramai yang nak tahu perkembangan pelajarannya. 

Menerusi satu laporan Kosmo, sebenarnya Qistina Raisah telah pun dibuang sekolah.  

Jelasnya dia hanya sempat sekejap saja hadir ke sekolah, ketiak darjah satu.  

“Saya memang tiada pengalaman duduk di kantin sekolah. Ini kerana saya hanya pernah pergi ke sekolah selama 10 hari saja, masa tu darjah satu.”  

“Selepas itu, saya dah kena buang sekolah kerana selalu tak hadir.”  

“Saya memang selalu tak hadir ke sekolah kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan juga terlibat dengan beberapa program TV.” 

Jelas Qistina Raisah lagi, sejak itu, dia hanya bersekolah di rumah saja, home schooling. 

“Oleh itu, sejak itu saya hanya belajar di rumah, bermula umur saya tujuh tahun lagi sampailah sekarang ni.” 

Qistina menambah, semasa darjah 6, dia pernah cuba didaftarkan untuk masuk sekolah, kerana UPSR, tetapi masa tu pandemik pula melanda.   

“Saya daftar sekali lagi masuk ke sekolah semasa umur 12 tahun, masuk darjah enam, sebab untuk ambil UPSR, tapi PKP pula tiba.” 

“Kemudian, saya terima tawaran kerja ke Itali untuk penggambaran dengan Zul Ariffin dan Neelofa. Tetapi cikgu pula ingat saya pergi bercuti, jadi terus saja kena buang terus.” 

Tentang pelajarannya, Qistina Raisah mengikuti kelas bahasa, termasuk Mandarin, dan kelas muzik, bermain gitar, dan juga kelas menembak.   

“Ada cikgu akan datang ke rumah, semuanya mengikut jadual saya. Sekali sesi pembelajaran itu akan mengambil masa antara empat hingga ke lima jam.” 

Kata Qistina Raisah, dia ada tanggungjawab untuk berkerja, dan mahu meneruskannya saja.  

“Saya ada juga teringin nak melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara. Tetapi itu impian semasa saya kecil.” 

“Bila dah semakin dewasa, saya sedar bahawa Tuhan dah pun tetapkan tanggungjawab saya begini.”  

“Ada orang yang belajar tinggi-tinggi pun, belum tentu boleh berjaya. Pada usia muda ni saya dah bina carier dan nama dalam bidang seni, oleh yang demikian, saya teruskan sajalah.” 

Itulah cerita dari pelakon Qistina Raisah.