Sekarang ni ramai yang kurang dengan influencer bernama Abang Tesla. Bukan isu berkahwin dua yang lebih buat ramai kurang senang, tetapi caranya menggunakan isu itu kepada umum.
Memuatnaik video bersama isteri pertama yang memberi restu, ramai beranggapan adalah lebih baik sekiranya ianay disimpan untuk peribadi saja, bukan dijaja sebagai bahan video.
Dikatakan, antara tujuan untuk berkahwin dua adalah kerana zuriat, dan hal ini membuat ramai memberi pendapat masing-masing.
Ada yang setuju tetapi dapat dilihat, masih ramai yang kurang setuju.
Akan tetapi, beberapa hari ini, Abang Tesla sekali lagi membuat ramai naik angin terutama kaum wanita apabila mengatakan dia tak teragak untuk berkahwin kali ketiga jika isteri keduanya tak mampu memberi zuriat.
Abang Tesla berkata sedekimian ketika satu sesi temubual bersama penyanyi Caprice.
Dengan bersahaja, ketika ditanya soalan tentang zuriat, Abang Tesla terus saja jawab, dia akan berkahwin yang ketiga pula jika yang kedua tak mampu memberikan zuriat.
Soalan yang ditanya berbunyi ini, “Tadi cakap sebab anak kan, kalau yang kedua pun tak boleh berikan anak macam mana.”
Ini jawapan dari Abang Tesla yang buat ramai geram. “Saya kahwinlah lagi, yang ketiga, sebab kalau mahkamah tanya pun kepada isteri yang nombor dua, dia akan tanya. Sebab nak kahwin kedua ni susah, nak kahwin ketiga dan keempat ni lebih senang.”
Mendengar jawapan berkenaan, Caprice hanya mampu tertunduk tersenyum sambil menutup wajahnya.
Ditanya pula mengapa tak buat rawatan IVF atau pun ambil anak angkat, ini pula jawapan dari Abang Tesla.
“Kita ni dalam proses, dang buat IVF. Tetapi untuk anak angkat tu tidak sama. Kalau boleh saya nak zuriat yang keluar dari rahim isteri.”
“Saya akan usahakan macam mana pun, menggunakan duit banyak pun saya tak kisah janji satu hari nanti saya dan dia akan ada anak juga bersama-sama.”
Itulah jawapan dari Abang Tesla tentang isu berkahwin dua di sesi temubual bersama Caprice.