Najwa Latif dah berhenti sebagai pensyarah, ini puncanya

1,800 views

Penyanyi Najwa Latif antara selebriti yang bijak dalam pelajaran dan juga akademik. 

Selain berjaya dalam bidang seni suara, dan meraih ramai peminat, Najwa Latif juga cemerlang dalam bidang akademik dan memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya. 

Najwa Latif kemudian telah dilantik sebagai seorang pensyarah di Universiti Selangor atau Unisel. 

Dalam perkembangan terkini kerjayanya, Najwa Latif telah memaklumkan beliau telah membuat satu perjalanan baru ketika ini. 

Penyanyi berumur 28 tahun ini mengesahkan telah pun berhenti sebagai jawatannya sebagai lecturer di Unisel baru-baru ini. 

Hal ini dilakukan kerana Najwa Latif kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat seterusnya iaitu doktor falsafah atau PhD. 

Najwa Latif sudah pun masuk satu tahun melanjutkan pelajaran untuk meraih PhD. 

Katanya, buat masa sekarang dia mahu memberi fokus seratus peratus kepada pengajian peringkat doktor falsafah itu kerana memang amat sukar untuk berkerja sambil menyambung PhD. 

“Ya, saya dah pun berhenti kerja. Ini kerana saya mahu fokus PhD. Untuk PhD ni saya tak bergerak, kerja secara terus-menerus.”  

“Penulisan dalam bidang PhD saya masih berjalan tetapi pergerakannya amat perlahan. Sudah hampir setahun. Oleh yang demikian, saya kenalah mengorbankan kerja buat sementara waktu ni.” 

Isteri kepada Aqwa ini akui rasa sayang untuk berhenti kerja apatah lagi sebelum ini dah terbiasa untuk berkerja. 

“Memang ada rasa amat berat hati untuk berhenti kerana saya tak pernah tak berkerja.” 

“Inilah merupakan kali pertama saya benar-benar berrehat dari bekerja.”  

Namun begitu, Najwa Latif bercadang untuk kembali berkerja setelah penulisannya dalam bidang PhD itu kembali lancar. 

Beliau akan kembali berkerja malah akan turut kembali aktif dalam bidang nyanyian.  

“In Sya-Allah pada tahun hadapan saya akan kembali bekerja sebagai pensyarah semula. Nanti saya usaha untuk kerja semula. Saya cuma perlukan beberapa bulan untuk fokus kepada pelajaran saya ni.” 

Najwa Latif kini menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia atau UKM, good luck Najwa.