Setiap pasangan dah berkahwin, sudah tentu akan idamkan mempunyai anak sendiri. Setelah dikurniakan cahaya mata, perasaan gembira itu memang tak dapat diungkapkan lagi.
Apatah lagi anak yang pertama, pengalaman bergelar ibu bapa buat pertama kali, sememangnya satu pengalaman yang amat bermakna buat seseorang.
Dah ada anak, itu merupakan keutamaan buat ibu bapa dalam hidup mereka.
Baru bergelar ibu, ini juga yang dirasai dan dialami oleh pelakon dan pengacara terkenal tanah air iaitu Mira Filzah.
Perasaan kasih terhadap anak sulungnya ketika ini masih membuak buak.
Menerusi laporan dari portal Kosmo, sehingga Mira Filzah keluar untuk menonton wayang pun, dia masih teringat dengan baby sulungnya yang diberi nama Wan Khair Amir itu.
Mira Filzah berkata sedemikian ketika menjawab apabila ada pihak bertanya bilakah agaknya Mira akan kembali aktif berlakon setelah lama berehat sejak mengandung dan melahirkan Wan Khair Amir.
“Semalam saya ada keluar pergi menonton filem Mat Kilau, masa tu pun mata asyik lihat jam dan gambar baby saya, Amir di skrin handphone saya. Memang ada terbit rasa sedih sebab saya tinggalkan dia, walhal saya tengok wayang saja.”
“Untuk tinggalkan Amir pergi berkerja dua bulan sampaikan tiga bulan, memang bukannya satu hal yang senang. Saya baru faham perasaan seorang yang bergelar ibu.”
“Sebenarnya jika ada naskhah yang amat baik dan juga bagus, saya tak kisah kembali untuk mula penggambaran.”
Itulah jawapan dari Mira Filzah apabial disoal bila nak start semula berlakon. Memang diakui, ramai peminat mula merindui lakonan Mira, sebab dah lama berehat. Antara karya terakhirnya ialah drama The Maid dan juga The Hotel pada tahun 2021.
Pada tahun 2020, Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, dan pada bulan Mei tahun 2022, Mira Filzah selamat melahirkan baby sulungnya, Wan Khair Amir.