Kisah yang melanda antara pelakon veteran Mak Wan Latah dan bekas pembantu peribadinya bernama Amell telah mendapat perhatian banyak pihak. Kisah mereka memuncak apabila banyak pendedahan dari Amell melalui beberapa posting di laman media sosial miliknya.
Antara tuduhannya ialah Mak Wan ada mengamalkan ilmu setelah klip video memperlihatkan pelakon berumur 61 tahun itu, seakan membaca sesuatu.
Jelas Mak Wan, dia tak ada pun mengamalkan sebarang ilmy sebaliknya itu merupakan antara dialog dalam drama lakonannya.
Mak Wan juga menjelaskan video itu dirakam oleh Amell, kerana hanya dia dan Amell saja yang berada di rumah yang mereka tinggal.
“Janganlah nak menghakimi saya, saya ni bukannya orang muda lagi. Kita hanya mencuba, bomoh, oh macam ni cara dia, macam tu cara dia. Dia pun ada suruh Mak Wan buat macam tu. Memang saya pelakon tapi saya tak adalah nak buat semua perkara itu.”
“Tidak berguna untuk saya pergi ke umrah dan datang pergi ke kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perkara sebegitu. Untuk apa Mak Wan nak buat perkara macam tu, kalau ada rezeki, ada lah. Tak perlu nak buat benda calit tu. Dia nak mengata saya biarlah dia berkata.”
Hal ini turut diakui oleh rakan pelakon iaitu Didie Alias. Jelas Didie, memang itu meruapakn adegan dalam satu babak dalam drama.
“Saya dah kenal Mak Wan lama. Sebenarnya itu adalah dialog dalam sebuah drama, kitorang berlakon sekali.”
“Memang saya ada call Mak Wan bertanya, masa tu pun dia ada kat balai polis. Janganlah nak mengaibkan orang dan biarlah polis yang buat siasatan sebab bukti ada.”
“Saya ni tak kenal budak tu siapa (Amell). Kalau dia tak puas hati dengan Mak Wan, suruh dia jumpa Didie Alias.”
“Itu saya nak pesan kat Amell, jangan nak melampau sangatlah. Tak payah lah nak buat kat orang tua untuk kepentingan diri sendiri. Kalau dah tak ada kerja, pergi cari kerja lain.”
Itulah komen dari Didie Alias tentang kisah Mak Wan dan Amell.