Terjawab sudah, Ain Edruce pengacara baru Melodi, lihat reaksi Nabila Huda

12,307 views

Pada minggu lalu, Nabila Huda atau Abil telah menyatakan dirinya bukan lagi bergelar sebagai pengacara kepada rancangan hiburan terkenal iaitu Melodi.

Nabila Huda, 37 tahun, tidak lagi disambung kontraknya, yang mana ianya telah tamat pada minggu lalu setelah satu tahun berkhidmat menjadi hos rancangan yang amat popular di TV3 itu.

Kini ramai tertanya-tanya siapakah yang bakal mengendalikan dan menjadi hos Melodi yang terbaru,

Hari ini akhirnya ianya terjawab apabila pelakon dan pengacara Ain Edruce disahkan sebagai host baru Melodi TV3 bermula pada hari ini.

Perkara ini disahkan oleh laman media Melodi yang memuatnaik foto Ain Edruce sambil mengumumkan Ain Edruce sebagai pengacara yang baru.

“Akhirnya dah terjawab sudah, inilah pengacara yang baru iaitu Ain Edruce. Amacam suka atau pun tidak. Teruskan menyokong rancangan Melodi ini okey.”

Melihat ruangan komen, ramai yang teruja memberi ucapan tahniah. Dalam banyak-banyak komen itu, yang paling menyerlah ialah komen dari bekas pengacara iaitu Nabila Huda.

“All the best kepada Ain Edruce, Love you.” Itu komen yang ditulis oleh Nabila Huda kepada Ain Edruce.

Dalam pada itu, semasa bermula bersiaran, Ain Edruce ada bergurau yang Nabila Huda dah block dirinya setelah mengetahui Ain menggantikannya

“Kepada yang rindu Abil, jangan risau, saya dah mesej dia, minta dia wish aku all the best dan good luck. Abil diam je, dia tak cakap apa-apa, dia masih block aku. Tak apa lepas ni aku pujuk Abil.” Itu gurau dari Ain Edruce kepada Nabila Huda.

Memang banyak komen dari para penonton, seperti biasalah, ada yang tak berapa minat namun dilhat ramai yang minat dan suka.

Buat masa sekarang ni, Ain Edruce mengatakan dia akan mengacara rancangan Melodi seorang diri saja.

Untuk episode pertama Ain Edruce menjadi pengacara ini, penyanyi dan pelakon Aliff Satar telah menjadi tetamu dan juga penyanyi Joe Flizzow.

Rancangan Melodi bersiaran pada setiap hari Ahad pada jam 12 tengahari di TV3. Sebelum Ain Edruce, rancangan ini diacarakan oleh Nabila Huda yang menggantikan Awal Ashaari dan juga Janna Nick.