“Kami banyak buat latihan” Upiak tak pasti kekurangan nyanyi duet

3,040 views

Semalam peserta dari Indonesia, Upiak Isil tealh terkeluar dari pertandingan Gegar Vaganza setelah enam minggu berjuang.

Dengan tema duet bersama penyanyi muda, Upiak dikatakan kurang ada chemistry engan pasangan duetnya iaitu Usop Mentor, selain nyanyiannya yang banyak kesilapan dari segi teknikal.

Namun terus terang, Upiak mengatakan dia pun tak pasti mengapa persembahan dikatakan kurang menjadi.

Sedangkan Upiak merasakan dia tak ada sebarang isu semasa latihan dengan Usop untuk membawa lagu Sembunyi yang dinyanyikan oleh Misha Omar dan Andy Flop Poppy.

“Kami berdua ada buat banyak latihan bersama dan kami tak ada masalah daripada segi pembahagian lagu. Saya tak pasti apa kekurangan persembahan pada minggu ini.”

“Saya merasakan dah beri yang terbaik, namun kita tak dapat nak ingkari takdir. Keputusan dah pun diberi dan ianya dah jadi ketentuan jalan hidup saya.”

Kata Upiak lagi, dia dah pun bersedia dan tak berasa sedih kerana dah beri yang terbaik. Malah ibunya juga ada berpesan agar janganlah Upiak bersedih jika terkeluar.

“Saya dah pun siapkan diri, amat bersedia jika diri ini tersingkir sejak minggu lepas lagi. Saya ada hubungi ibu saya dan minta dia doakan saya, kemudian dia ada beri nasihat katanya janganlah bersedih kalau tersingkir.”

“Sudah adat, inikan pertandingan, ada yang menang dan tentu ada yang akan alami kekalahan. Saya pun syukur sebab sempat sampai ke minggu ke enam, walhal saya ni hanya penyanyi komedi saja.”

Upiak turut berkata dia akui ada batasan dengan kemampuannya dan tetap akan terus mencari rezeki.

“Kemampuan ada batasnya, tak boleh sedih, dan di luar nanti ada juga rezeki lain. Jika bukan menyanyi pun sudah tentu ada kerja lain juga.”

Upiak sudah ada mengatur langkah selepas ini, dan katanya dia akan keluarkan satu lagi lagu baru selain akan berlakon.

“Saya akan buah lagu single dan akan terlibat dengan satu projek filem yang sedang tertunda. Ianya ditunda sebab pihak mereka sedang menunggu saya pulang.”

“Oleh itu, rancangan saya kini untuk selesaikan semua kerja yang sudah ditunda ini dulu.”