Wahid Senario dedah hal sebenar kenapa jarang keluar TV, tapi anak-anak tak suka

7,058 views

Pernah menjadi antara selebriti yang terkenal menerusi kumpulan Senario, Wahid dilihat agak menyepi dari dunia hiburan tanah air, apatah lagi sudah berpindah duduk di Ipoh, Perak.

Wahid yang kini berumur 46 tahun, telah sedikit sebanyak merubah penampilan dan berhijrah, mendekatkan diri dengan Illahi.

Kisah penghijrahan Wahid ini telah mula mendapat perhatian ramai sekaligus menjadi topic di media massa.

Namun, apabila kisah penghijrahannya tersebar, anak-anak Wahid kurang senang, malah pernah memarahi ayahnya itu.

Jelas Wahid, anak-anak rasa kurang selesa apabila Wahid bercerita tentang perubahannya kepada orang ramai. Mungkin bagi mereka ini merupakan kisah peribadi yang tak perlu diceritakan secara terbuka.

“Saya cakap kat anak-anak, nak buat macam mana, orang selalu saja tanya. Oleh itu saya kenalah jelaskan perkara sebenar.”

“Apa yang saya buat merupakan tuntutan agama. Sebagai anak seni yang boleh dikatakan milik masyarakat dan orang kenal, apabila tengok kita berubah, pergi masjid, pasti orang akan nak tahu.”

“Bagi saya, sama ada kita benar-benar mahu berubah, 100 peratus mahupun 50 peratus, it terserahlah, yang penting kita memang kena buat. Sebagai seorang ayah, dapat tunjuk sikit pun okey bagi saya.”

Wahid mempunyai tiga orang anak lelaki, semua dah remaja berumur 18 tahun, 17 tahun dan paling bongsu 13 tahun ini. Memang kini Wahid menghabiskan masa yang terluang untuk berada di masjid.

“Apapun saya tak bermaksud saya telah tinggalkan semua aktiviti seni sebab memang saya masih ada dapat offer untuk aktiviti hiburan.”

“Tetapi saya amat selesa tinggal di Ipoh, Perak. Memang saya mahu menetap di Ipoh sejak dulu walaupun sudah ada kerjaya di Kuala Lumpur. Sebenarnya lepas dapat anak kedua, saya dah pulang untuk menetap di Ipoh.”

Wahid turut menjelaskan, isterinya merupakan orang asal dari Ipoh.

“Isteri memang asal Ipoh dan setelah kahwin ikut saya tinggal di Kuala Lumpur. Tapi masa tu dia pun serabut kepala sebab contoh kalau nak pergi beli bawang pun kena beli kat tempat yang besar.”

Wahid juga kini menjaga mertuanya setelah ibunya pergi buat selamanya.

“Sebab itu juga saya ulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur setiap minggu, kalau ingat, ketika jadi pengacara program Melodi bersama Fara Fauzana tak lama dulu.”

“Kini saya tenang dan aman dengan family di Ipoh. Saya amat bersyukur sebab business isteri pun dapat sambutan. Rezeki untuk anak-anak Allah dah aturkan. Dan boleh kata setiap bulan mesti saya ada tawaran kerja walaupun tidaklah banyak.”

Itulah kisah Wahid Senario. Pelakon, penyanyi dan pelawak ini kini akan tampil dengan ahli kumpulan Senario yang lain membuat comeback, termasuk ada satu filem berjudul Jaga-Jaga Senariounion.