Kandungan bayi kembar isteri pelakon hilang secara tiba-tiba

3,117 views

Kisah duka dan agak misteri telah melanda kepada pelakon Azlan Komeng, 47 tahun, dan isterinya Nur Nilam Ortiz, 45 tahun. 

Ini apabila isteri pelakon ini mendedahkan bayi dalam kandungannya telah hilang secara tiba-tiba. 

Dari luahan wanita ini, dia sedang hamil bayi kembar dan dijangka bersalin pada bulan September, bulan depan, namun ianya kini dah tiada. 

Nilam mendakwa kejadian ini merupakan angkara perbuatan khianat manusia. 

Melalui laporan Mstar, wanita ini mendakwa dirinya telah dihantar sihir sehingga bayi dalam kandungan terus saja lenyap begitu saja. 

“Kandungan ni baby kembar, kita pun dah scan semua kan.” 

“Patutnya saya melahirkan anak saya pada bulan September depan. Saya dan juga suami sekarang dalam keadaan berharap namun pada masa sama kami reda.” 

“Ini bukannya keguguran, tiada pun janin yang keluar, tetapi bayi dah hilang. Perkara ini disebabkan sihir dari pihak yang mahukan suami saya tapi dia tak dapat.” 

“Oleh itu dia menggunakan sihir untuk jatuhkan rumah tangga saya dan suami.”  

Nilam Ortiz mendedahkan selama mendirikan rumah tangga dengan suami, pelbagai dugaan dilalui kerana kehadiran orang ketiga.  

“Terlalu banyak hal yang berlaku sepanjang tempoh dua tahun perkahwinan kami, dan saya hanya memendam, saya cuba bersabar.” 

Dalam pada itu, Nilam Ortiz sebelum ini ada mendedahkan bahawa telah hadir orang ketiga dalam rumah tangganya. 

Namun kini suaminya telah kembali kepada isterinya itu, dan tak mahu bersama lagi orang ketiga itu. 

Jelas Nilam, ketika dia mendedahkan hal tersebut, dia pun dah mendapatkan keizinan dari Azlan Komen sendiri, untuk menceritakan apa yang terjadi dalam rumah tangganya. 

“Saya bukannya mahu membuka aib, tetapi perkara ini dah terlalu lama. Dan diri saya yang menanggungnya termasuklah dihantar sihir sehingga anak saya hilang dalam kandungan.” 

“Jadi saya rasakan saya perlu berdiri demi suami dan anak-anak dalam perut saya, yang mana saya tak tahu nasibnya macam mana.” 

Nilam menambah, ini sebenarnya kali kedua dia hamil, dan yang pertama kali itu pun telah keguguran. 

“Yang kali pertama mengandung tu, saya ingatkan sebab tekanan ke apa, atau terlalau penat, namun setelah apa yang berlaku ketika kandungan kedua ni, banyak hal tak masuk akal terjadi. Saya emmang pelik.”  

“Ada ketika kandungan okey, ada rasa baby menendang, beberapa hari kemudian, dah tak ada.” 

“Dah pergi ke klinik dan sampaikan doktor pun ada cakap, memang pelik ni.” 

“Azlan pun faham benda ni terjadi sebab kesilapan silamnya.” 

Azlan Komeng dan Nilam Ortiz dah pun membuat report polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan kes ini sedang dalam siasatan lanjut.