“Keadaan saya yang tak okey” Shila Amzah jelaskan hubungan dengan Ubai

3,504 views

Penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah tampil memberi penjelasan apa yang terjadi antara dirinya dengan kekasih hati Ubai. 

Semuanya gara-gara satu nukilan hati yang ditulis oleh Shila Amzah melalui satu hantaran di laman media sosial miliknya dua hari lalu. 

Hantaran berkenaan merupakan satu ucapan kepada Ubai, dan ianya memberi tanggapan bagaikan hubungan mereka dah pun berakhir. 

Namun begitu, Shila Amzah telah pun buat satu penafian dan menjelaskan bahawa sebenarnya dia belum lagi putus engan Ubai. 

Nukilah luahan hati itu dibuat oleh nya kerana merasakan dirinya yang berada dalam keadaan kurang baik, dan tak ada sebarang kesalahan dari pihak Ubai.   

“Kesimpulannya hubungan kami berdua ketika ini okey saja, cumanya saya saja yang berada dalam keadaan tak baik.”  

“Saya mahu membuat penjelasan bahawa keadaan kurang baik itu bukan disebabkan oleh dari Ubai.”  

“Ada masa memang saya ni tak okey dan saya rasa mahu menjadi diri sendiri 100 peratus.” 

Penjelasan dari Shila Amzah ini dibuat oleh nya menerusi satu siaran live di laman Instagram miliknya. 

Shila Amzah menambah, dia hanya mahu meluahkan rasa sayang kepada Ubai selama lima bulan bercinta ini. 

Penyanyi ini rasa pelik, mengapa ramai anggap hubungan mereka dah berakhir.  

“Ramai orang sekarang ni yang tak sensitif. Semua orang pun ada jatuh bangunnya.” 

“Apa yang saya tulis semalam tu lebih kepada mahu hargai Ubai namun boleh kata 95 peratus orang tidak faham tentang status berkenaan.” 

“Ramai ingatkan hubungan kami dah putus dan memutar belit apa yang saya ingin sampaikan tu.”  

“Kalau kami dah putus, mengapa saya upload gambar dengan Ubai.” 

Shila Amzah menambah, jika seseorang itu selalu fikir hal yang kurang baik, maka itulah persepsi mereka.  

“Saya bukannya nak mengundang hal yang tak baik cumanya perkara ini bergantung kepada cara pemikiran seseorang.” 

“Kalau otak tu asyik fikir hal yang tak baik, benda yang positif pun mereka akan nampak ke arah keburukan.” 

Itulah penjelasan dari Shila Amzah tentang nukilan hatinya kepada Ubai yang disalah tafsir orang ramai.