“Saya rasakan diri macam Rose” Anis Sofea

8,888 views

Isteri kepada penyanyi hebat, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea, kini menjadi tumpuan orang ramai. 

Ini kerana gaya penampilannya yang terkini, yang mana Anis Sofea atau lebih mesra di panggil Fea, sudah tidak lagi memakai tudung. 

Wanita berumur 21 tahun ini kini telah pun mengorak langkah apabila sudah pun bergelar sebagai duta kepada sebuah produk. 

Anis Sofea kini merupakan duta kepada produk jena tempatan iaitu Laurel B. 

Kata Anis Sofea lagi, semasa jalani sesi penggambaran untuk menjadi duta, ianya satu pengalaman yang akan dikenang, satu memory yang indah buat dirinya. 

Apatah lagi, konsep yang diguna pakai ialah bertemakan Korea. 

Jelas Anis Sofea, dia memang minat K-pop apatah lagi Blackpink. 

Anis Sofea juag sempat berseloroh merasakan dirinya bagaikan Rose, ahli kumpulan Blackpink. 

“Pengalaman untuk sesi fotografi pada hari ini memang sangat best kerana ianya macam konsep Korean, saya pun memang minat K-pop.”  

“Yang paling saya minat dalam Blackpink ialah Rose. Karakter Rose begitu feminin dan lembut, saya suka personalitinya.”  

“Mengapa saya feeling nak jadi K-pop idol kerana rasa saya macam Rose.” 

Demikianlah kata dari Anis Sofea sambil gelak ketawa. 

Tentang penampilan dirinya yang dah tak bertudung, Anis Sofea berkata, Haqiem Rusly sentiasa menasihatinya untuk menjaga dirinya.   

“Haqiem Rusly selalu saja minta saya untuk jaga maruah sebagai isteri, itulah nasihat yang paling saya ingat. Keharmonian dalam melayari bahtera rumah tangga ni, ianya bukan hal yang mudah tetapi masing-masing kenalah ada usaha.” 

Berkenaan komennya feeling menjadi seperti Rose itu, ramai warga maya diluar sana yang sentap dan menafikannya. 

Ada yang menggelarkannya sebagai Rosnah atau Rosmah, dan ada juga mengatakan lebih mirip kepada Kak Km. 

“Tak tahu lah nak gelak ke nak menangis”

“Nampak lebih ke arah macam Kak Km.”

“Ini bukan Rose, tapi Rosnah.”

Apapun semoga, segala urusan Anis Sofea dan juga Haqiem Rusly akan sentiasa dipermudahkan, dan sentiasa murah rezeki.