Keadaan terkini Ako Mustapha, sistem saraf dah banyak yang rosak

5,429 views

Pelakon Ako Mustapha pernah mencapai kegemilangan di tahun awal tahun 2000 dulu. Wajahnya sering saja mewarnai kaca TV dengan pelbagai drama dan juga beberapa buah filem. 

Kini di umur 52 tahun, Ako Mustapha masih lagi aktif berlakon namun tidak rancak macam dulu. 

Ako Mustapha sebelum ini pernah tampil dengan penampilan yang amat susut dan pernah masuk ICU. 

Ini kerana Ako Mustapha mengidap diabetes yang agak kronik dan sudah mempunyai beberapa komplikasi. 

Sejak pulih dan dah keluar dari ICU, Ako berkata pada tahun ini, keadaannya semakin terkawal. 

Dirinya dah semakin sihat dan boleh kembali aktif dalam dunia lakonan. 

“Syukur alhamdulillah keadaan saya sekarang ni semakin baik. Dulu masa masuk ICU tahun lepas, bacaan gula dalam badan saya terlalu tinggi sampai dah tak boleh baca.” 

“Badan memang dah tak ada insulin masa itu. Tetapi sekarang semakin sihat dan berat badan saya pun sudah bertambah dalam lebih kurang 12 kilogram.” 

Namun begitu, komplikasi diabetes yang dialami masih ada terutama sistem saraf. 

“Sudah ada banyak kerosakan dalam badan saya terutamanya saraf akibat komplikasi penyakit kencing manis saya ni.” 

“Macam orang-orang tua lah iaitu kaki selalu saja sengal dan lenguh. Ini boleh juga ganggu aktiviti harian saya.” 

“Apabila kaki saya jadi berdenyut sangat, saya tidak boleh fokus sebab nak menahan sakit. Saya tak pastilah komplikasi ini boleh sembuh sepenuhnya atau tidak. Namun keadaan saya semakin baik jika nak banding dulu.” 

Tentang kerjayanya, kini Ako Mustapah akui masih lagi menerima tawaran berlakon namun wataknya tidak boleh terlalu lasak memandang tahap kesihatannya itu. 

“Saya masih ada dapat offer untuk berlakon dan tidak pernah menolak sebarang tawaran yang diberikan. Watak saya juga tak terlalu berat dan tak lasak sangat.” 

“Dalam pada itu, saya juga sedang menjalankan perniagaan membabitkan beberapa produk seperti makanan dan minuman kesihatan termasuklah perfume.” 

“Oleh itu, saya kena bahagikan masa antara berlakon dan juga perniagaan yang saya usahakan ini.” 

Itulah keadaan terkini Ako Mustapha, semoga terus sukses dan sihat selalu.