Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada telah tampil dengan produknya iaitu biskut Shelup Shelup.
Shuhada kini mula berniaga untuk memulakan hidupnya barunya selepas mengharungi cabaran rumah tangga dengan Hafidz Roshdi.
Ramai yang mahu menyokong usaha Shuhada ini namun sebaik saja biskut ini dilancarkan, ada golonangan yang mula mempersoalkan harganya.
Rata-rata yang mempersoalkan itu, akui harga biskut itu terlalu kayangan dan tak mampu untuk membelinya.
Dengan harga RM179 untuk satu set biskut, ramai berkata ianya terlalu mahal.
Melihat isu harga ini mula diperkatakan ramai pihak, Shuhada dilihat ada muatnaik satu posting menjelaskan harga tersebut, semuanya kerana ramuan serta bahan yang digunakan adalah premium,
Set biskut itu mempunyai enam jenis biskut dan ianya turut disertakan dengan sos pencicah dan juga crumbs.
Sos pencicah itu pula ada tiga jenis dan semuanya bahan yang premium termasuklah crumbs.
“Ada enam jenis biskut semuanya bukannya enam keping.”
“Dipping sauce pula bukanlah bahan cap ayam, atau murahan seperti yang ramai komen dari makcik bawang.”
“Pertamanya, dipping sauce Milky Chocolato yang nyata satu perasan coklat yang amat popular, semua dah tahu.”
“Keduanya, Bueno yang menggunakan Kinder Bueno hazelnut, ianya berwarna putih.”
“Yang ketiga pula namanya Caramel Sauce, ini macam dessert hotel bertaraf lima bintang, rasa je terus teringat berbuka di hotel.”
“Untuk crumbs pula, kami gunakan Biscoff dan juga Oreo. Semua harga bahan ni memang tak murah, semuanya premium.”
Jelas Nurul Shuhada lagi, set biskutnya ini bukan untuk makan seorang tetapi lebih kepada satu family.
“Harga ini bukanlah untuk makan sorang. Kuantiti ini boleh dijamukan kepada satu keluarga.”
Itulah penjelasan dari Shuhada tentang harga biskut jualannya iaitu Shelup Shelup.