Pelakon yang terkenal sejak kecil iaitu Mia Sara Nasuha menjadi trending di Twitter pada hari ini. Ianya gara-gara pendapat yang diluahkan olehnya yang mengatakan ramai telah tag dirinya di akaun Tiktok.
Ini berlaku kerana kebanyakkan wajah gadis di TikTok seakan atau mirip wajahnya. Jelas Mia Nasuha, dia penat kerana terlalu ramai yang tag dirinya.
“Mengapa gadis-gadis yang pakai shawl hitam dan eyeliner semua kata mirip macam saya. Penat dah asyik kena tag saja dengan gadis yang random.” Tulis satu tweet dari Mia.
Dek kerana komen berkenaan, Mia Sara teruk kena dengan warga netizen yang tak setuju dan mengatakan dirinya perasan dan syok sendiri.
Ada sesetengah mempertikaikan kenapa Mia Sara ingat ada gadis yang mahu tiru gayanya.
Ekoran dirinya menjadi trending, Mia Sara berkata dia kesal mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Mia Sara meminta maaf selain mengatakan orang ramai salah faham dengan apa yang dia mahu sampaikan.
“Memang silap saya juga, inti utamanya saya nak beritahu bahawa tidak semestinya seseorang gadis yang pakai shawl hitam dan eyeliner tu akan nampak macam saya.”
“Saya nak orang lihat gadis-gadis berkenaan nampak cantik sebagai diri mereka sendiri. Saya minta kemaafan di atas salah tafsir yang berlaku.”
“Contoh komen mengatakan cantiknya macam Mia Sara, bagi saya agak salah. Gadis itu cantik kerana diri mereka sendiri. Apa yang saya tulis tu ditujukan kepada mereka yang komen cantik macam Mia Sara.”
Bagi Mia Sara, dia akui tulisannya itu membuatkan ada yang salah tafsir. Sebab itu dia mahu berikan penjelasan.
“Saya rasa nak menangis. Sebenarnya saya langsung tak ada niat nak cakap hal lain tapi orang salah faham pula. Saya nak sebarkan benda yang positif agar orang akan nampak setiap wanita itu cantik dengan cara mereka tersendiri.”
Itulah penjelasan dari Mia Sara Nasuha, 16 tahun, tentang hal ini.