“Saya hidup lagi” Berita kemalangan, Shah Iskandar belum meninggal dunia

1,518 views

Ramai yang terkejut juga setelah ada video mengatakan Shah Iskandar telah pun meninggal dunia. Ianya merupakan satu lagi content dari platform TikTok.

Setelah video berkenaan menjadi viral, ramai yang ingatkan pelakon dari Singapura iaitu Shah Iskandar yang telah meninggal dunia.

Menerusi satu laporan Harian Metro, rupanya berita ini tidak benar sama sekali.

Pelakon Shah Iskandar sendiri tampil dan menafikan hal tersebut.

“Saya masih ada lagi, masih hidup lagi. Syukur alhamdulillah.”

Shah iskandar komen berkenaan di beberapa laman media sosial setelah beriat kononnya dia dah tiad tersebar meluas.

Pelakon ini turut meminta individu berkenaan agar periksa dulu jika mahu menyampai sesuatu berita itu. Ini lagi kenyataan dari Shah Iskandar.

“Kepada yang cuba buat video yang viral konon saya ni dah meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya sama ada kereta atau motosikal, tak apa, saya maafkanlah anda semua.”

“Lepas ni, kenalah siasat dulu tu. Kena tengok benda tu betul ataupun tak betul sebelum nak buat video kat TikTok. Macamni lah reaksi saya bila tengok video tersebut, sampai kena gosok-gosok mata saya ni.”

Jelas Shah Iskandar, dia hanya tahu video berkenaan setelah ianya jadi viral dan disampaikan oleh peminatnya.

“Saya baru saja dapat tahu tentang hal ini melalui mesej di Instagram. Ianya dah tular sejak beberapa hari lalu.”

“Apa yang saya tahu, mungkin mangsa sebenar, yang terbabit dalam kemalangan itu kebetulan mempunyai nama yang sama dengan nama saya.”

“Ada individu tak bertanggungjawab mendakwa saya pula yang kena dan telah meninggal dunia.”

Kes sebenar ialah tentang individu bernama Shah Iskandar yang terlibat dalam kemalangan antara lori dan juga motorsikal.