Keputusan penuh, ranking dan markah peserta semi final All Stars Gegar Vaganza

58,399 views

All Stars Gegar Vaganza sudah pun sampai ke minggu ke 11 atau pun minggu semi final. 

Untuk minggu ini, tema yang diberikan ialah kompilasi kapak dan juga leleh. 

Para peserta masing-masing di minta untuk menyanyi dua buah lagu dari genre rock kapak dan juga lagu yang tangkap leleh, dan dua lagu ini telah pun disatukan. 

Seramai lapan orang peserta yang masih lagi bersaing untuk minggu semi final ini. 

Peserta pertama yang layak ke peringkat akhir ialah peserta dari hot seat iaitu Tomok, vokalis New Boyz. 

Persembahan mantap dari Tomok telah memukau para penonton dan juga juri. 

Untuk persembahan Tomok, Datuk Ramli Ms berkata, dia suka dengan persembahan yang ditampilkan, dan memberi thumbs up kepadanya. 

Tempat kedua pula dihuni oleh seorang lagi peserta hot seat iaitu Nikki Palikat. 

Ini bermakna dua peserta dari hot seat telah menerajui untuk minggu separuh akhir ini. 

Tempat ketiga diduduki oleh Naqiu, vokalis Boboi. 

Naqiu membawa lagu Memori Sekuntum Rindu dari Spoon dan juga lagu Bon Jovi iaitu Its My Life. 

Bonda Hetty berkata, Naqiu memang tahu apa yang juri mahukan, dan persembahannya amat baik. 

Tempat ke empat ialah Hady Mirza, manakala tempat ke lima pula ialah Jaclyn Victor. 

Ini keputusan penuh dan ranking peserta untuk minggu separuh akhir All Stars Gegar Vaganza. 

Tempat ke enam adalah milik Liza Hanim, juga salah seorang peserta dari hot seat.

Ketika Liza Hanim, Hetty berkata sudah tahu memang Liza mempunyai suara yang memang tinggi, namun menasihatinya untuk berhati hati dari segi kemerduan. 

Temapt ketujuh pula jatuh kepada Azharina, sekaligus Siti Nordiana mendapat markah terendah untuk minggu semi final. 

Datuk Syafinaz memuji persembahan Siti Nordiana, apatah lagi pernyanyi berkenaan membawa pelbagai jenis sekaligus, termasuk balada, rock, dangdut dan juga rap, namun ternyata ianya tak cukup untuk menempatkannya di tempat yang lebih baik. 

Namun begitu, pihak Astro mengumumkan bahawa pada minggu ini tiada penyingkiran, dan kesemua peserta layak ke peringkat akhir. 

Untuk minggu akhir All Stars Gegar Vaganza, para peserta akan membuat persembahan di pentas yang lebih gah dan besar iaitu di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil.