Noh Hujan tayang wajah anak, luah rasa rindu lama tak jumpa

6,997 views

Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh, telah menulis satu luahan hati di laman media sosial miliknya hari ini. 

Noh menulis luahan rasa rindu terhadap anak angkatnya bernama Musa. 

Ianya bersempena hari kelahiran Musa yang jatuh pada hari ini. 

Bukan saja luah rasa rindu, Noh juga telah muatnaik wajah penuh anaknya itu. 

Ini merupakan kali pertama Noh Hujan memuatnaik dan menunjukkan wajah anak angkatnya tersebut. 

Di ruangan caption, Noh telah mengucapkan selamat hari lahir kepada Musa. 

Selain itu, Noh mengakui rasa rindu kerana dah lama tak berjumpa dengan anak tersayang. 

Kata Noh, dia berdoa agar satu hari nanti, dia dan Musa akan disatukan semula, dan dapatlah dia mendidik Musa sebagai anaknya. 

“Happy birthday kepada Musa, hari lahir yang kedua.” 

“Rindu sangat ayah dengan kamu.” 

“Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya tahan rindu mahu jumpa kamu.” 

“Semoga Allah akan satukan kita kelak, jadi dapatlah kamu layanan dari ayah kamu.” 

Ini beberapa foto yang dimuatnaik oleh Noh, gambar Musa yang kini dah berumur 2 tahun. 

Musa merupakan anak angkat ketika Noh masih lagi berkahwin dengan Mizz Nina. 

Setelah 11 tahun berkahwin, Noh dan Mizz Nina berpisah pada bulan Ogos 2022. 

Kata Noh Hujan, untuk 6 bulan yang pertama, pelbagai dugaan dihadap olehnya. 

Ini termasuklah berebutkan anak.  

“Dalam 6 bulan, memang kehidupan amat sukar, saya bercerai dan kemudian kami berebut anak.” 

Itu antara kata-kata dari Noh Hujan dalam satu bual bicara di Indonesia. 

Noh Hujan dan Mizz Nina kini masing-masing telah memilih haluan yang berbeza dan telah berkahwin dengan pasangan baru. 

Mizz Nina berkahwin dengan penyanyi dari Amerika Syarikat bernama Essam, manakala Noh Hujan pulan berkahwin dengan wanita bernama Fatin Athira.