Tok Ram dah tahu 4 minggu awal, akan ada 8 peserta ke final All Stars Gegar Vaganza - News Tel

Tok Ram dah tahu 4 minggu awal, akan ada 8 peserta ke final All Stars Gegar Vaganza

934 views

Kesemua lapan peserta yang bertanding di peringkat semi final All Stars Gegar Vaganza telah layak ke peringkat akhir pada hari Ahad depan. 

Ini setelah kesemua lapan peserta menerima lagu masing-masing di segemen ada lagu ada lagi. 

Tiada seorang pun yang tersingkir di peringkat separuh akhir. 

Setelah habis minggu semi final itu, juri, Datuk Ramli MS telah ditanya tentang hal ini. 

Kata Tok Ram, dia memang sudah ketahui bahawa lapan peserta akan bertanding di final terlebih awal. 

Jelas Tok Ram dia dah tahu tentang hal ini pada empat minggu lalu. 

Maestro muzik ini berkata, dia tahu awal disebabkan mahu buat persediaan untuk peringkat final, yang mana kesemua peserta akan diiringi oleh pemuzik orchestra seramai 50 orang. 

Malahan, pihak Astro juga perlu bersedia untuk memanggil penyanyi jemputan di peringkat akhir. 

Ini komen dari Tok Ram. 

“Kami tahu, saya dah tahu, sejak empat minggu yang lalu. Dorang kata 8 orang peserta final. Saya kena tahu awal dulu, sebab saya yang tulis lagu.” 

“Arrangement lagu pun nak kena buat awal, sebab orchestra akan ada 50 pieces.” 

“Jadi lagu untuk final, kita dah beritahu peserta, key tak boleh tukar, semua dah lock. Orchestra ni susah nak ubah susunan lagu.” 

Ditanya mengapa 8 peserta yang diambil, ini jawapan dari Tok Ram. 

“Saya tak tahu, saya bukan dari pihak Astro. Tapi pendapat saya, kita memang perlukan content. Sebab peringkat final tu 3 hours.” 

“Lepas tu pula, ini mungkin ada kaitan dengan ticket. Ini pertama kali Gegar Vaganza jual ticket. Jadi barulah berbaloi untuk mereka yang membeli ticket.” 

“Mereka dah spend a lot of money untuk bawa penyanyi jemputan, dan juga orchestra. Mana pernah final orchestra sampai 50 pieces.”  

Ditanya tentang pemilihan lagu, Tok Ram berkata, pihaknya telah bertanya kepada penyanyi jemputan terlebih dulu, dan kemudian memilih lagu yang sesuai dengan para peserra. 

“Kami tanya penyanyi jemputan dulu, sama ada mereka nak nyanyi lagu tersebut, sebab mereka hanya ada beberapa hari saja.” 

“Lagu dipilih mengikut kesesuaian mereka punya range. Kita pilih bersama, tetapi lebih banyak input dari saya.” 

“Dan untuk final, penyanyi jemputan tiada markah, hanya para peserta saja. Tapi mereka pun kena nyanyi betul-betul la, untuk bagi energy kat peserta.” 

Untuk pemarkahan di final, ini penjelasan dari Tok Ram. 

“Percentage markah pun berbeza. Paling utama, yang main ialah lagu pertama yang peserta pilih sendiri.” 

“Lepas tu baru duet dan juga lagu rap. Percentage paling sikit untuk sesi rap.” 

“Rap tu untuk fun, tapi still ada markah, jadi dorang pun kena buat betul-betul.” 

Itulah sedikit sebanyak input dari Datuk Ramli MS yang mesra disapa Tok Ram tentang concert final All Stars Gegar Vaganza yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada hari Ahad depan. 

Latest from Hiburan


Keputusan penuh, ranking dan markah peserta semi final All Stars Gegar Vaganza

58,434 views

All Stars Gegar Vaganza sudah pun sampai ke minggu ke 11 atau pun minggu semi final. 

Untuk minggu ini, tema yang diberikan ialah kompilasi kapak dan juga leleh. 

Para peserta masing-masing di minta untuk menyanyi dua buah lagu dari genre rock kapak dan juga lagu yang tangkap leleh, dan dua lagu ini telah pun disatukan. 

Seramai lapan orang peserta yang masih lagi bersaing untuk minggu semi final ini. 

Peserta pertama yang layak ke peringkat akhir ialah peserta dari hot seat iaitu Tomok, vokalis New Boyz. 

Persembahan mantap dari Tomok telah memukau para penonton dan juga juri. 

Untuk persembahan Tomok, Datuk Ramli Ms berkata, dia suka dengan persembahan yang ditampilkan, dan memberi thumbs up kepadanya. 

Tempat kedua pula dihuni oleh seorang lagi peserta hot seat iaitu Nikki Palikat. 

Ini bermakna dua peserta dari hot seat telah menerajui untuk minggu separuh akhir ini. 

Tempat ketiga diduduki oleh Naqiu, vokalis Boboi. 

Naqiu membawa lagu Memori Sekuntum Rindu dari Spoon dan juga lagu Bon Jovi iaitu Its My Life. 

Bonda Hetty berkata, Naqiu memang tahu apa yang juri mahukan, dan persembahannya amat baik. 

Tempat ke empat ialah Hady Mirza, manakala tempat ke lima pula ialah Jaclyn Victor. 

Ini keputusan penuh dan ranking peserta untuk minggu separuh akhir All Stars Gegar Vaganza. 

Tempat ke enam adalah milik Liza Hanim, juga salah seorang peserta dari hot seat.

Ketika Liza Hanim, Hetty berkata sudah tahu memang Liza mempunyai suara yang memang tinggi, namun menasihatinya untuk berhati hati dari segi kemerduan. 

Temapt ketujuh pula jatuh kepada Azharina, sekaligus Siti Nordiana mendapat markah terendah untuk minggu semi final. 

Datuk Syafinaz memuji persembahan Siti Nordiana, apatah lagi pernyanyi berkenaan membawa pelbagai jenis sekaligus, termasuk balada, rock, dangdut dan juga rap, namun ternyata ianya tak cukup untuk menempatkannya di tempat yang lebih baik. 

Namun begitu, pihak Astro mengumumkan bahawa pada minggu ini tiada penyingkiran, dan kesemua peserta layak ke peringkat akhir. 

Untuk minggu akhir All Stars Gegar Vaganza, para peserta akan membuat persembahan di pentas yang lebih gah dan besar iaitu di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil. 

Go to Top