Popular setelah menyertai Dewi Remaja, Mawar Rashid kini bergelar pelakon dan juga usahawan.
Selebriti berumur 27 tahun ini memberitahu, sejak tahun lepas, dirinya sedang bergelut kerana mempunyai masalah anxiety. Selain itu dia juga pernah terkena panik yang agak teruk juga.
Mawar kini dalam perancangan untuk berjumpa doktor pakar psikiatri untuk ketahui dan menyelesaikan isu kesihatan berkenaan.
“Saya dah beberapa kali kena anxiety. Mula-mula saya ada perasan terkena gangguan ini semasa mengandungkan anak kedua saya iaitu Raden Seri Rosabella Cinta.”
“Ada ketika itu, saya secara tiba-tiba terus menangis dan kemudian alami sesak nafas. Ingatkan ianya isu normal namun perkara yang sama berulang dan berlaku walaupun anak saya iaitu Cinta kini dah masuk ke umur satu tahun.”
“Kerana gangguan ini, saya memang tak ada selera nak makan dah dan lebih banyak diam diri saja.”
Mawar mahu berjumpa doktor kerana isu ini, dan merasakan kerja yang terlalu padat sebagai puncanya.
“Oleh itu saya bercadang pergi ke doktor pakar psikiatri sebagai alternatif nak tahu penyakit yang saya alami ini.”
“Tak boleh nak nafikan jadual kerja yang amat padat serta tak ada masa untuk diri sendiri mungkin puncanya. Oleh yang sedemikian, saya cuba pastikan ada masa untuk diri walau sibuk macam mana pun.”
Mawar Rashid amat bersyukur kerana suaminya Raf Yaakob dan family terus memberi sokongan serta berfikiran positif.
“Syukur sangat, alhamdulillah Raf selalu saja ada di sisi apabila saya kena anxiety tu. Suamilah yang selalu tenangkan saya dan beri kata-kata positif.”
“Antara pesanan suami ialah dia minta saya baca Quran dan berzikir. Ini antara amalan yang baik untuk atasi isu ini.”
“Memang betul pesanan dari suami, sekarang saya jadi lebih kuat.”
Itulah pendedahan dari Mawar Rashid tentang apa yang berlaku kepada dirinya, sejak dari tahun lepas lagi. Semoga semuanya baik-baik saja buat Mawar dan Raf Yaacob.