Hujung minggu ini, satu dunia tertumpu di sebuah kampung di utara Maghribi. ianya berkenaan kanak-kanak bernama Rayan Awram yang terperangkap dalam lubang kecil kerana terperosok ke dalam perigi lama.
Kanak-kanak berumur 5 tahun ini terperangkap keseorangan selama lima hari sejak hari Selasa.
Dengan bantuan pihak berkuasa, kerja-kerja menyelamat telah dilakukan dan akhirnya pagi tadi mereka berjaya membawa keluar Rayan.
Namun, berita kurang baik diterima apabila adik Rayan telah perg buat selamanya. Ketika ditemui Rayan sudah tiada lagi di dunia ini.
Kisah ini ternyata membuat ramai yang berduka dan sayu. Apatah lagi membayangkan kanak-kanak 5 tahun yang diduga sedemikian.
Antara yang turut terkesan dengan berita yang melanda adik Rayan ini ialah pelakon serta pengacara terkenal, Neelofa.
Melalui satu post di Insta Story, Neelofa yang baru saja melahirkan baby boy, amat terasa dan tersentuh dan merasai betapa sayunya kehilangan insan bergelar anak.
“Sebagai seorang wanita yang baru dapat rasa menjadi ibu, sama juga ibu kepada anak lelaki, berita duka ini betul-betul telah memberi kesan buat diri saya sepanjang hari bermula sejak semalam.”
“Saya terus kena sakit kepala ketika melihat post-post melibatkan berita Rayan. Memang tidak sanggup. Say ajuga tak dapat nak membayangkan perasaan family kepada anak syurga ini.”
Dalam pada itu, Neelofa turut menitipkan doa buat arwah dan keluarga supaya kuat melalui dugaan dan ketentuan Allah.
“Semoga Allah akan permudahkan ahli keluarga untuk lalui serta tempuhi ketentuan ini dan dapat berjumpa di pintu syurga kelak.”
Diimbas kembali, Neelofa baru saja melahirkan anak lelaki yang diberi nama Bilal. Sudah tentu kisah pemergian adik rayan ini membuat ramai yang sayu dan sebak, terutama insan bernama ibu yang terbayang wajah Rayan di dalam lubang berkenaan.