Puteri Aishah selamat lahirkan anak pertama, sambut raya bertiga

264 views

Pelakon Puteri Aishah menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini dengan khabar gembira. 

Puteri Aishah dan suaminya Firdaus Sulaiman telah menerima kehadiran cahaya mata 5 hari sebelum hari raya. 

Maka pada tahun ini, Puteri Aishah menyambut hari raya dengan anak pertamanya, baby raya. 

Pengumuman ini dibuat oleh Puteri Aishah menerusi satu posting di laman media sosial miliknya semalam. 

Pelakon yang juga bekas finalis Dewi remaja ini berkata, dia selamat melahirkan anak pertamanya iaitu seorang baby boy pada 4 April yang lalu. 

Nama anaknya itu ialah Muhammad Faliq. 

Ini kenyataan dari Puteri Aishah. 

“Syukur alhamdulillah. Puteri dah pun selamat melahirkan anak sulung kami yang diberi nama Muhammad Faliq.” 

“Anak saya ini dilahirkan pada hari Khamis, 4 April 2024, pada jam 8.17 malam.”  

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami.”  

“Semoga Faliq menjadi seorang anak yang soleh, sihat, dan kelak akan bermanfaat kepada agama, keluarga, bangsa, dan sesama umat manusia. Amin.” 

Pada hari raya pertama, Puteri Aishah ada muat naik gambar raya bersama anaknya itu. 

Puteri dan suami serta baby, memakai pakaian raya dengan tema warna hijau. 

Ini gambar raya Puteri Aishah dan keluarga. 

Kata Puteri Aishah, oleh kerana masih seminggu berpantang, dia tak dapat nak keluar rumah, maka dia dan keluarga hanya bergambar di rumah saja. 

“Cannot go out so kami hanya bergambar di dalam rumah saja lah. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.” 

Melihat ruangan komen ramai rakan artis yang memberi ucapan tahniah kepada Puteri Aishah di atas kehadiran penyeri keluarga mereka itu. 

Antara yang memberi ucapan ialah Mimi Lana, Azira De Fam, Fazura, Daiyan Trisha dan ramai lagi. 

Untuk info, Puteri Aishah berkahwin dengan Firdaus Sulaiman pada 2021 setelah dua tahun mengenali hati budi masing-masing, tahniah diucapkan atas kelahiran anak pertama, semoga bahagia selalu.