Kes SOP, Neelofa dan Pu Riz dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah

2,526 views

Mahkamah Majistret Seremban telah melepas tanpa membebaskan Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Ismail daripada tuduhan melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang menjadi buah mulut orang ramai pada sekitar bulan Mei yang lepas.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan berkenaan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah menarik balik semua pertuduhan terhadap pasangan suami isteri itu.

Namun mahkamah memberi tarikh 21 Disember ini untuk buat keputusan untuk membebaskan kedua-dua tertuduh tersebut.

Muhammad Haris atau Pu Riz didakwa kerana tak scan apps MySejahtera untuk check in dan juga tak pakai mask ketika berada di Kedai Naeem Carpet Nilai.

Isterinya, Neelofa, didakwa tidak scan apps MySejahtera ketika masuk di premis yang sama ketika datang sekitar jam 4 petang.

Peguam bela Neelofa dan Pu Riz iaitu Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah berkata agak tak sesuai untuk teruskan kes sampai berlarutan kerana Neelofa kini sedang hamil. Ini kenyataannya dari laporan beberapa portal termasuk Mstar, Utusan dan Kosmo.

“Pihak pendakwa terima dokumen yang kita kemukakan sebelum ini dan Peguam Negara dah setuju bahawa hal ini bukanlah begitu besar tetapi telah dibesar-besarkan.”

“Kita akan kembali ke mahkamah pada tarikh 21 Disember nanti untuk keputusan dilepaskan dan dibebaskan.”

“Walau ketiga-tiga tuduhan itu kita boleh lawan dan mungkin dengan senang kita boleh menang, tapi ia akan berlarutan. Jika ia akan berlarutan akan jadi bertambah panjang, dengan keadaan terkini Neelofa yang hamil adalah tak sesuai untuk kita jalankan kes ini, kita ambil cara mudah.”

Pihak peguam turut menyatakan rasa puas hati dengan keputusan perbicaraan pada hari ini.

“Kami puas hati mendengar keputusan perbicaraan pada hari ini, kita tunggu pada 21 Disember nanti keputusan akan dibuat.”

Pagi tadi sekitar jam 9 setengah pagi, Neelofa dan Muhammad Haris tiba di Kompleks Mahkamah Seremban dengan memakai pakaian berwarna biru.