Kini stage 4, Abang kepada Siti Sarah telah ditidurkan di ICU

3,537 views

Abang kepada Siti Sarah Raissuddin, iaitu Ahmad Firdous Raisuddin telah dimasukkan ke Hospital Serdang kerana positif COVID-19. Kini dalam perkembangan yang terbaru, Ahmad Firdous Raisuddin, telah pun dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) awal pagi tadi.

Dari satu hantaran di Facebook milik Ahmad Firdous Raisuddin, dia mengatakan dia telah masuk ke bilik ICU pada pukul 2 pagi.

Ini status last yang diupdate oleh abang kepada Siti Sarah, iaitu pada 10 jam yang lepas (jam 2 pagi): “Pindah ke ICU. Masih lagi bertahan berjuang, Covid level 4. Doakan saya ye kawan-kawan.

Dari status berkenaan, Ahmad Firdous mengesahkan bahawa dia sudah berada di stage 4, jangkitan Covid 19.

Sementara itu, Shuib Sepahtu turut ada update tentang keadaan abang iparnya itu dan menerusi laporan Berita Harian, Shuib ada menyatakan bahawa Ahmad Firdous Raisuddin telah pun ditidurkan oleh pegawai perubatan sekitar jam 5 pagi.

 “Salam kepada semua. Baru saya terima call mengatakan abang ipar saya kini dah dimasukkan ke ICU. Saya minta semua doakan Ahmad Firdous Raissuddin agar diberi kesembuhan segera. Amin.”

Doktor kata nak rehatkan paru-parunya. Ketika masuk hospital, Selasa lepas, level oksigennya adalah sekitar 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif Covid 19 pada 2 Ogos lepas.

Menurut laporan Ahmad Firdous dan isterinya telah disahkan positif akan tetapi dua orang anak mereka bebas dari virus berkenaan.

Ahmad Firdous dan isteri telah disahkan positif setelah empat hari family Siti Sarah terkena jangkitan. Mereka pasangan suami isteri sedang jalani kuarantin selama lapan hari di rumah, sebelum Firdous dimasukkan ke hospital kerana bacaan oksigen yang rendah.

Apapun diharapkan abang kepada Allahyarhamah Siti Sarah ini akan sembuh dari jangkitan virus.