“Syukur, baby Ayash Affan dah buat swab test” Shuib

3,931 views

Buat masa sekarang ini, pelawak Shuib Sepahtu masih lagi belum dibenarkan untuk bertemu dengan anak bongsunya iaitu baby Ayash Affan yang dilahirkan oleh arwah Siti Sarah.

Baby Ayash Affan dilahirkan secara pembedahan caesarean section pada hari Jumaat minggu lalu, setelah keadaan arwah Siti Sarah, terutama paras oksigennya ketika itu kurang baik.

Walaupun belum dapat melawat anak keempatnya itu, Shuib telah mendapat satu berita baik tentang keadaan terkini baby Ayash Affan.

Doktor telah mengesahkan bahawa Ayash Affan kini bebas dari virus Covid setelah dua kali swab test dibuat. Anaknya dalam keadaan yang amat baik walaupun masih lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Syukur alhamdulillah, selepas dua kali baby dah buat ujian calitan, Ayash disahkan negatif dan bebas dari virus. Harap ujian calitan kali ketiga nanti juga keputusannya turut akan negative jugalah.

Saya jadi bertambah lega apabila baby Ayash menunjukkan peniungkatan dalam berat badannya sejak dilahirkan. Kini dah lebih 1.8 kg.

Tentang bilakah agaknya Ayash Affan akan dibenarkan untuk balik ke rumah, Shuib mengatakan doktor ada beritahu kalau semua okey, tiada sebarang komplikasi dan keadaan semakin baik, baby bongsunya itu boleh balik dalam masa sebulan lagi.

Jika tak ada sebarang masalah, inshaAllah Ayash dah boleh balik ke rumah dalam masa sebulan lagi. Anak saya yang lain pun dah banyak kali tanya, mereka nak tengok adik dia.

Shuib akui semua anak-anaknya dah tak sabar nak tengok adik baru itu. Namun kini mereka kena bersabar sedikit masa lagi, demi kesihatan baby Ayash Affan juga.

Sebelum ini Shuib ada memberitahu bahawa pihak hospital berkata, jika ada susu badan untuk diberi kepada baby Ayash Affan, bolehlah dibawa ke hospital, dan Shuib berkata ramai yang tawarkan diri nak bantu termasuk isteri Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin. Namun Shuib berkata dia mahu tanya kepada ustaz terlebih dulu tentang hal berkenaan.