“Mungkin ada kekeliruan, bukan susu saya” Syatilla Melvin terangkan hal sebenar

10,695 views

Hal tentang isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin mahu menawarkan diri memberi susu badan kepada anak bongsu Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan menjadi bualan ramai.

Pelbagai komen dan juga pendapat telah diberi oleh orang ramai tentang isu ini. Ada yang kata bagus diberi susu badan, ada yang kata lebih baik cari ahli keluarga terlebih dulu dan ada yang kata guna saja susu tepung.

Biasalah, isu sebegini banyak saja komen dari orang awam yang ada pandangan masing-masing.

Namun, kerana hal ini agak ramai yang perkatakan, Syatilla Melvin akhirnya tampil memberi komen, kerana katanya ada sedikit salah faham tentang isu ini.

Jelas Syatilla, dia ada mesej Shuib namun sebenarnya hanya sampaikan hasrat kawan baiknya yang nak bantu Shuib jika dia mahukan susu badan untuk baby Ayash Affan.

Mungkin sekarang ni, keadaan Shuib yang sedang bersedih dan agak sugul, dia hanya baca mesej saya secara sekali imbas saja.

Di sesi live semalam, ramai yang ingat saya nak tawarkan diri untuk jadi ibu susuan kepada baby Ayash Affan. Agak mustahil untuk saya ada susu badan sebab, anak bongsu saya pun dah berumur dua tahun setengah.

Syatilla ada menunjukkan mesej yang ditulis kepada kepada Shuib tentang hal ini. Ini tulisannya.

Ini conversation antara Tilla dengan Shuib ketika arwah kak Sarah masih dalam ICU. Mungkin ada sedikit kekeliruan, insyaallah dah boleh clear dah.”

Namun begitu, Syatilla akui sebelum ini pernah memberi susu badannya kepada yang memerlukan kerana kuantiti susu yang banyak, namun kesilapannya ialah dia tak pastikan identity baby yang menerima susunya.

Ketika lahirkan dua anak saya, susu badan memang banyak oleh itu saya ada beri kepada beberapa ibu yang tiada susu untuk baby mereka.

Tapi itulah kesilapan saya sebab saya tidak tahu dan kenal secara peribadi individu yang saya berikan susu badan sebelum ini. Niat saya hanya nak sedekah dan senangkan urusan orang lain.