Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani telah pun mengharungi pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis semalam.
Zamani menjalani pembedahan berkenaan di sebuah pusat perubatan di Cheras, bermual sekitar jam 3 suku petang semalam, hari Isnin.
Menerusi komen dari isterinya Nur Juliana, suaminya itu menjalani pembedahan selama lebih krang 7 jam lamanya.
Jelas Nur Juliana lagi, dia juga telah memberi update dan perkembangan terkini keadaan suaminya itu dan memaklumkan Zamani dalam keadaan stabil dan telah selamat buat pembedahan berkenaan.
Satu kenyataan di buat oleh Nur Juliana di laman media sosial miliknya semalam.
“Syukur alhamdulillah. Dengan izin dari Illahi, Abang Zamani telah pun selamat menjalani pembedahan petang tadi. Terima kasih di atas doa-doa yang diberikan kepada Abang Zamani.”
Di entry yang sama, Nur Juliana telah muat naik gambar operating theater atau dewan bedah yang mana tempat Zamani melakukan procedure membetulkan tulang belakangnya itu.
Dari laporan portal Kosmo, Zamani mula masuk ke dewan pembedahan bermual sejak pagi lagi dalam jam 8 pagi.
Isteri Zamani memaklumkan bahawa doktor pakar bedah ada memberitahu procedure berkenaan memakan masa selama 7 jam.
Dalam pada itu, tempoh pemulihan pembedahan ini akan mengambil masa lebih kurang antara dua minggu sampailah ke enam minggu.
Dan Zamani akan memerlukan tempoh selama tiga bulan untuk kembali sembuh sepenuhnya sebelum boleh aktif menyanyi seperti kebiasaan.
Kisah tulang belakang Zamani yang senget mula dilihat orang ramai sejak beberapa tahun ini.
Dua tahun baru-baru ini, tulang Zamani memang nampak jelas semakin membengkok dan membuatkan ramai yang risau dengan kesihatannya itu.
Sungguhpun begitu, Zamani tetap bekerja keras dan tetap menyanyi untuk mencari rezeki.
Sama-sama kita doakan agar semua urusan Zamani dipermudahkan dan akan kembali sihat selepas ini.