Lama tak mucul, alih-alih berserban pula, Ramai tetap tak percaya Boy Iman berhijrah

1,119 views

Sebelum ini namanya terpalit dengan pelbagai isu, kini Boy Iman khabarnya telah berhijrah dan kembali ke jalan yang lurus.

Setelah lama tak muncul, kini Boy Iman kembali aktif di laman media, dan kali ini dengan imej berserban.

Namun perjalanan Boy Iman ini nampaknya masih lagi dipersoal oleh netizen di luar sana. Ada kata-kata kurang baik yang tetap dilemparkan kepadanya.

 “Dulu kini selamanya seorang kaki propa.” Itu antara komen yang diterima oleh pelakon yang juga ahli perniagaan ini.

Boy Iman mula muatnaik gambar telah sertai Jemaah bermula dua minggu lepas. Ini kali pertama Boy Iman terbuka untuk berubah dan mahu dalami ilmu agama.

Bercerita tentang persepsi orang di luar sana yang masih tak percaya sampai ada yang label Boy Iman sebagai penunggang agama, ini reaksi dari pelakon ini.

“Orang di luar sana ini, memang tak akan pandang apa yang kita buat, walaupun benda yang baik. Mereka suka beri hukum. Ada yang cakap saya ni hanya berlakonlah, buat wayanglah, tunggang agamalah.”

“Buat apa saya nak berlakon, kalau macam ni adalah lebih baik saya duduk rumah utnuk tidur je, lagi best.”

“Memang sukar nak puaskan hati semua orang. Orang luar ni tak faham niat kita. Lantas mereka hanya nampak saya ini bagaikan tunggang agama. Kalau nak buat macam tu, dah lama saya buat, mungkin sejak enam tahun lepas lagi.”

“Ini bukan tunggang agama tetapi hati saya dah bersedia dan terbuka. Jika tiada hati ni, memang takkan jadi.”

Jelas Boy Iman, dia tak mahu ambil peduli kata-kata orang lain, dan dia upload foto telah sertai Jemaah hanya untuk ajak kea rah kebaikkan.

“Malaslah nak cakap tentang netizen ini. Saya pun hanay cerita pengalaman saya ini kerana nak ajak orang ke arah kebaikan dan juga mahu bersihkan nama. Memang manis dapat keluar selama tiga hari ni.”

Itulah komen dari Boy Iman yang kini sedang berusaha ke arah kebaikkan.