Prof Ridhuan Tee, Ustazah Asma Harun bidas muzik video lagu raya Aliff Syukri

1,960 views

Lagu nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya mendapat perhatian para ilmuan, menteri dan juga agamawan.

Sebelum ini pihak menteri ada memberi pandangan dan mengatakan muzik video itu tak patut dikelaurkan kerana menampilkan penari iring yang tersasar dari adab serta budaya dan juga ajaran agama.

Kita dua orang lagi tokoh memberi pandangan tentang lagu dan juga muzik video lagu nyanyian Aliff Syukri ini.

Yang pertama ialah dari Prof Dr Mohd Ridhuan Tee, lecturer yang juga seorang penceramah bebas.

“Saya agak kecewa dengan lagu raya hari ini sudah hilang jati diri. Mengapa lagu-lagu hari ini tak sedap didengari. Malah lebih teruk lagi terkinja-kinja, terjerit-jerit seperti orang hilang pedoman.”

“Yang malang lagi, ada pula menyanyikan lagu raya bersama-sama bapok, rosak lagu raya sampai mak sendiri tak sanggup nak tengok. Ada penyanyi yang puji lagunya sendiri walhal yang mendengar merupakan peminat serta para pendengar. Oleh itu sila dengar suara hati pendengar.”

Selain dari teguran Ridhuan Tee itu, lagu serta muzik video lagu ini turut mendapat teguran dari Ustazah Asma Binti Harun, seorang penceramah bebas yang terkenal.

Kata ustazah Asma, dah ramai yang tegur, namun ianya tak diendahkan oleh tuan punya badan hanya sebab mahukan populariti.

“Ramai yang dah tegur, tapi ianya diabaikan demi nak trending jadi mobor satu serta nak publisiti murahan.”

“Tak ada sekelumit rasa malu, tetapi dia berbangga pula dengan views serta tontonan yang tinggi.”

“Patut waktu akhir Ramadan ini dimanfaatkan dengan baik mungkin. Namun perkara macam ni pula yang dinaikkan.”

Kata ustazah Asma lagi, ini bukan kali pertaam terjadi, malah asyik berulang saja.

“Bukannya kali pertama, tapi ia sengaja diulang untuk raih popularity.”

Namun apa yang merisaukan ialah penampilan lelaki yang seakan wanita yang ditonjolkan dalam muzik video itu.

“Watak lelaki dengan solekan siap pakai gincu dan pakai hiasan wanita telah diangkat dan ditonjolkan secara terbuka.”

“Jangan angkat budaya yang dilarang oleh Rasul dan juga Illahi iaitu lelaki yang menyerupai wanita. Video ini secara terang tampilkan penari iringan yang solekannya seakan wanita, maaf ia amat memalukan.”

Selain itu, Ustazah Asma turut melabel cara tarian penari lembut berkenaan agak memualkan.