Suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha jalani pembedahan

1,612 views

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, yang juga kini merupakan ketua pasukan Negeri Sembilan iaitu Zaquan Adha kini baru saja selesai jalani pembedahan. 

Hal ini dimuatnaik oleh isterinya iaitu pelakon Ayu Raudhah yang juga merupakan adik kepada Rozita Che Wan atau Che Ta. 

Ayu Raudhah memuatnaik beberapa foto dan video keadaan suaminya sebelum dan selepas menjalani pembedahan. 

Kepada yang bertanya apa yang berlaku kepada Zaquan Adha, sebenarnya beliau mengalami kecederaan di bahagian lutut yang amat serius. 

Adik kembar kepada Aidil Zafuan ini mengalami kecederaan di namakan anterior cruciate ligament tear. Ligamen di bahagian lututnya telah terkoyak. 

Sebagai pemain bola sepak, sudah tentu ini merupakan berita yang kurang baik buat Zaquan Adha. 

Kini pemain yang sudah berumur 35 tahun ini, telah jalani pembedahan dan perlu berehat 3 hingga 6 bulan dari bermain bola sepak secara kompetetif. 

Ayu Raudah menerusi satu hantaran telah menyatakan suaminya itu seorang yang tabah dalam harungi dugaan berkenaan. 

“Jikalau kamu rasa ujianmu besar bagaikan kapal, ketahuilah yakni ramhat dari Illahi itu luasnya bagai lautan.” 

“Yang terpenting ialah bersabar. Zaqian merupakan individu yang amat tabah dan cekal yang saya kenali. 

“Dia sentiasa positif, dan bertekad, memang leader yang amat baik. Saya tahu kamu memang kuat orangnya.” 

“Semoga dipermudahkan untuk jalani pembedahan kali ini. Lapang dada dan redha segalanya.” 

Kakak iparnya iaitu Rozita Che Wan atau Che Ta turut menulis satu ucapan khas kepada Zaquan Adha. 

Che Ta mendoakan agar adik iparnya itu cepat sembuh. 

“Ya tuhanku, dikau sembuhkanlah penyakitnya, get well soon Zaquan Adha.”  

Zaquan Adha sebelum ini ada berkata dia akur dengan kecederaan yang dialaminya dan meminta semua mendoakannya agar kembali sembuh dan kembali cergas.