Pelakon Natasha Hudson, 39 tahun, selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka bernama Jay Jasmin.
Melalui laman Instagram miliknya, pelakon ini ada muatnaik beberapa gambar dan moment majlis pernikahannya dengan Jay Jasmin.
Mereka berdua sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah di Masjid Al Umm, yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.
Dari laporan portal Mstar, Natasha Hudson mula mengenali hati budi ketika sertai aktiviti surfing di Langkawi, Kedah.
Kata Natasha, melalui pengalaman hidup terdahulu, ianya banyak mengajar dirinya.
“Saya dahpun melalui beberapa pengalaman hidup yang mengajar diri ini betapa pentingnya untuk kenal diri sendiri dan juga pasangan untuk membina hidup bersama-sama.”
“Jay merupakan seorang insan yang amat menakjubkan dari hari pertama saya bertemu dengannya. Jay seorang yang amat memahami dan kami memang ada banyak persamaan. Amat bahagia dengan penerimaan family nya.”
“Memang tiada sesiapa yang mahu lalui apa yang saya lalui. Apapun, saya amat yakin dia merupakan yang terbaik buat diri saya. Saya berdoa kepada Tuhan agar kami kuat untuk bersama sampai bila-bila pun.”
Dalam pada itu, Natasha turut meluahkan rasa hati, tak perlulah diperbesarkan berapa kali dia dah berkahwin.
“Tak perlu nak besarkan dah kali keberapa perkahwinan saya. Harapnya artikel tentang perkahwinan saya ini semuanya positif saja.”
“Sila hormati. Kami ni pun manusia yang ada hati dan perasaan. Kami pun amat memerlukan doa serta sokongan daripada semua pihak.”
Ini komen penuh dari Natasha Hudosn tentang isu ini.
Pelakon yang juga kakak kepada Tania Hudson ini mengesahkan perkahwinannya dengan jejaka bernaam Jay Jasmin.
Sebelum ini Natsha Hudson dilihat amat aktif bersukan air terutama aktiviti surfing atau meluncur ombak.
Tahniah diucapkan buat Natasha Hudson dan suaminya Jay Jasmin.