“Macam macam alasan dia bagi” Afifah Nasir

716 views

Pelakon Afifah Nasir kini dah sebulan bergelar isteri kepada pasangannya Syed Hariz. 

Baru-baru ini, Afifah telah membuka ruang untuk para peminatnya bertanyakan soalan kepadanya. 

Adik Anzalna ini dalam mode yang rajin untuk menjawab soalan-soalan dari para peminat. 

Sudah tentu, antara soalan yang paling banyak ditanya ialah tentang kehidupan selepas berkahwin. 

Antara soalan yang ditanya oleh peminat ialah sama ada Afifah akan kembali berlakon selepas ini. 

Afifah sekarang masih berlakon ke selepas kahwin.” Itu soalan yang diajukan. 

Menjawab soalan berkenaan, pelakon berumur 31 tahun ini mendedahkan suaminya lebih suka jika dirinya berada di rumah saja berbanding untuk keluar berkerja. 

Tambahnya, kalau dia nak keluar kerja, suaminya akan mencipta pelbagai alasan agar Afifah tak keluar rumah.  

“Saya rasa, suami saya, Hariz lebih suka saya duduk rumah.” 

“Ini kerana, kalau ada setiap kali saya beritahu nak pergi ke set, lokasi penggambaran, macam-macam alasan dia bagi untuk saya tak payah pergi kerja.” 

Walaupun begitu, Afifah sendiri akui, dirinya kini amat selesa untuk duduk di rumah saja sebagai suri rumah.  

“Kalau saya jujur, sebenarnya memang saya suka jadi seorang suri rumah.” 

Itulah jawapan dari Afifah kepada soalan berkenaan. 

Diimbas kembali, Afifah Nasir berkahwin dengan pilihan hati bernama Syed Hariz pada 5 Mei 2024 selepas 3 bulan mengikat tali pertunangan. 

Afifah Nasir mula berkenalan dengan Syed Hariz melalui rakan baiknya bernama Alya. 

Syed Hariz merupakan abang kepada Alya. 

Afifah berkata, dia dan Alya sudah berkawan selama 10 tahun, dan tahu memang ada seorang abang, namun sebelum ini tak pernah rapat. 

Mereka mula rapat setelah pergi bersama sama menonton sebuah concert.