Irma Hasmie selamat pulang tunai haji, rakan dan peminat beri kata-kata semangat

485 views

Pelakon Irma Hasmie, 42 tahun, telah pergi mengerjakan Haji pada tahun 2024 ini. 

Semalam, Irma telah pun selamat kembali ke tanah air, baru pulang dari Tanah Suci. 

Sebaik saja pulang, Irma ada memuatnaik sepotong video, moment di mana dirinya semasa mengerjakan ibadah Haji. 

Irma dilihat mengenakan jubah dan khimar dalam video berkenaan. 

Di ruangan caption video, Irma Hasmie telah meluahkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk beribadah dan adanya sahabat di sisi.  

Ini caption dari Irma. 

“Syukur alhamdulillah tak tergambar rasa syukur di atas semua ucapan kepada saya.” 

“Ada yang DM, WA, comment atau mesej yang tak sempat nak reply satu-satu.” 

“Saya mendoakan kebaikan dikembalikan kepada semua malah lebih baik lagi.” 

“Semoga setiap doa kalian semua akan diangkat oleh Allah, dan akan makbul InsyaAllah.”  

“Syukur kepada Allah Maha Baik kerana telah hadirkan sahabat-sahabat di sisi saya.” 

“Tanpa sahabat semua, saya tak akan belajar untuk memberi. Terima kasih kerana sudi bersama memilih diri untuk baiki diri.”  

“Semoga kebaikan yang pernah disampaikan buat sahabat semua di pandang oleh Allah sebagai air sejuk yang memadamkan api kepanasan. Saya sayangkan semua.” 

Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan dan juga peminat mengutuskan komen serta kata-kata yang baik buat Irma. 

Namun yang paling mendapat perhatian ialah komen dari akaun bernama Yatqieszaine. 

Ianya berbunyi: “Kehilangan cinta manusia tidak mengapa, jangan hilang cinta Allah. Dapat cinta Allah kita dapat semuanya.” 

Malahan komen ini turut dibaca oleh Irma sendiri dan memberi tanda suka, atau love. 

Untuk info, Irma sebelum ini disahkan telah berpisah dengan suaminya, baca kenyataan berkenaan DI SINI

Kisah terbaru, bekas suami Irma Hasmi, iaitu Redza Syah, sebelum ini ada meluahkan rasa syukur terhadap isteri barunya, boleh baca DI SINI