Rashidi Ishak cerita macam mana kenali isteri “Kawan-kawan pun terkejut, mereka baru tahu”

5,442 views

Pelakon Rashidi Ishak, 50 tahun kini selamat bernikah dengan wanita bernama Wan Hasliza Wan Zainuddin, 50 tahun. 

Wan Hasliza ini merupakan seorang penerbit dan pengarah. Antara karya arahannya ialah drama Kampung People. 

Rashidi Ishak akui, dia dan Wan Hasliza mula rapat dan mengenali hati budi setelah bekerja sama dalam produksi Kampung People itu. 

Jelasnya, dia mengenali Wan Hasliza sejak terlibat dalam drama Kampung People, dan mula rapat dua tahun lalu, ketika musim kedua, sebelum buat keputusan berkahwin tiga bulan yang lalu. 

Sepanjang berkenalan dengan Wan Hasliza, Rashidi Ishak mengatakan, memang orang ramai tak tahu, malah ahli keluarganya pun tak tahu menahu.  Ini komennya seperti dilaporkan Mstar.

“Kami berdua mula rapat selepas drama Kampung People musim yang kedua. Saya banyak terlibat dengan kerja belakang tabir bersama dia. Bila dah kenali hati budinya, barulah ajak berkahwin, itu kira-kira tiga bulan lepas.” 

Rashidi Ishak pun akui, anak-anak pun tak mengetahui semasa dia dan Wan Hasliza mula rapat.  

“Sebelum ini memang tiada siapa tahu tentang hubungan kami berdua. Ada rakan-rakan yang dapat hidu, namun mereka diamkan saja.”  

“Kemudian, selepas setuju nak bernikah, barulah kami berdia pergi berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak.” 

“Kawan-kawan rapat pun baru tahu dua minggu lepas, semasa kami cakap nak berkahwin dan mereka memang terkejut.” 

Rashidi Ishak akui, dia lebih selesa untuk tak menceritakan kisahnya kepada umum termasuk di media sosial. 

Apa yang penting, dia dah pun berbincang dengan keluarga, terutaam dua orang anaknya untuk mendirikan rumah tangga dengan Wan Hasliza.  

“Bagi saya jikalau kita simpan kisah peribadi dan tidak terlalu cakap banyak di media sosial ia akan jadi lebih senang dan mudah.” 

“Perkahwinan memerlukan penglibatan dua buah keluarga dan sudah tentu semuanya kena terima serta setuju. Saya dan berbincang dulu dengan anak-anak tentang perkahwinan ini.” 

Selepas ini, Rashidi Ishak juga akan terlibat lebih banyak di belakang tabir bersama isterinya yang merupakan penerbit dari KL Motion.  

“Sudah tentu akan lebih banyak bekerjasama dengan isteri selepas ini sebab memang saya pun terlibat dalam pasukan kreatif syarikat produksi sama.” 

“Kalau dia jadi penerbit atau pengarah, saya kenalah hormati dia dan jadi profesional dalam kerja saya.” 

Tahniah diucapkan kepada Rashidi Ishak dan juga isterinya Wan Hasliza.