Perginya isteri tercinta, arwah Siti Sarah Raisuddin pada bulan Ogos tahun lalu, kini Shuib Sepahtu menggalas tanggungjawab menjaga anak-anaknya, seramai empat orang.
Shuib seringkali muatnaik perkembangan terkini anak-anaknya, yang memang ada masanya tetap merindui ibu mereka yang tak akan kembali lagi.
Pagi tadi, Shuib muatnaik satu video menunjukkan dia sedang menghantar dua orang anaknya ke sekolah.
Shuib hantar anak perempuannya iaitu Talita dan juga anak ketiga, iaitu Matin. Ini merupakan hari pertama mereka bersekolah.
“Jadi mak jadi bapa, hantar anak-anak ke sekolah.” Itu caption yang ditulis oleh Shuib.
Namun dalam video berkenaan, jelas kelihatan Shuib hanya memakai seluar pendek saja dan ianya di atas lutut.
Ada beberapa komen yang ditulis oleh netizen telah menegur cara pemakaian SHuib itu ketika berada di sekolah berkenaan.
Walaupun ianya merupakan sekolah swasta, namun dari komen juga ada mengatakan ini merupakan sekolah swasta namun merupakan sekolah Islamik.
Adalah lebih moleh sekiranya Shuib memakai seluar panjang untuk menutup aurat, ianya lebih sesuai dan lebih manis untuk dilihat orang ramai apatah lagi Shuib merupakan individu yang dikenali ramai.
Ini antara komen dari netizen tentang seluar Shuib.
Fazzlina Ahmad menulis: “Next time papa pakailah seluar panjang. Akan nampak lebih sopan hantar anak ke sekolah.”
Seorang pengguna bernama Aimi Najua turut bersetuju: “Yes betulkan, segan juga kalau jumpa ustaz ustazah kat sana.”
“Betul setuju. Kena menghormati institusi sekolah. Pakaian kena sopan.” Tulis seorang lagi pengguna.
Namun ada juga beranggapan mungkin selepas ini Shuib mahu cepat untuk pergi ke golf course pula. Pakai itu memang kelihatan sesuai untuk bermain golf.
Selain itu, ada juga yang menulis komen mengatakan rasa sebak dan hiba memandangkan Shuib kini menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan juga sebagai bapa.
Rakannya Fad Bocey menulis dia tak berapa kuat tengok video berkenaan: “Aduh aku tak berapa kuat Shuib, sebak hati. Semoga kau terus kuat untuk anak-anak.”
Apapun, semoga dipermudahkan urusan Shuib dalam menjaga anak-anaknya.