Pendedahan Uqasha Senrose tentang sikap pembantu peribadi

209 views

Pelakon Uqasha Senrose dan juga sepupunya iaitu Aprena Manrose menjadi bualan orang ramai ekoran isu melibatkan seorang pembantu peribadi. 

Satu laporan polis telah tersebar yang mana pembantu berkenaan membuat laporan kononnya kedua dua pelakon berkenaan bertindak kasar terhadap dirinya. 

Selain itu, Uqasha dan juga Aprena ada membuat laporan polis ke atas pembantu peribadi berkenaan. 

Akhirnya, setelah isu ini menjadi bualan ramai, Uqasha tampil mendedahkan perbuatan pembantu peribadi berkenaan. 

Melalui beberapa hantaran di Ig story, Uqasha memberitahu ada pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pembantu tersebut. 

Antaranya ialah dengan selamba keluar masuk ke bilik, dan memakai pakaiannya. 

Malahan, pembantu nya pun dah tahu tempat Uqasha simpan wangnya. 

Pembantu berkenaan juga suka bawa mulut termasuk bercakap hal yang tak baik terhadap majikan terdahulu. 

Uqasha juga tampil menafikan bahawa dia seorang yang tunjuk baik kepada orang ramai sebaliknya itu apa yang orang ramai nampak. 

Jelas Uqasha, dia mengambil pendekatan berdiam diri, namun apabila sehingga keluarga terlibat dia tidak dapat bersabar lagi. 

“Saya tak ada pun cakap diri saya baik, lembut, pijak semut pun tidak mati ke apa, itu pandangan korang pada saya. Saya baik dengan orang yang baik dengan saya, orang buat jahat dengan saya pun saya boleh diam lagi. Tetapi jika sampai menfitnah saya kaki pukul menumbuk tu, saya rasa dah melampau sangat.” 

“Saya boleh juga nak reka dan buat apa-apa yang saya mahu sekarang ini. Tetapi keluar sekali dengan bukti. Mungkin dengan gambar atau pergi terus buat laporan polis. Bukan selepas tujuh hari baru nak buat report polis.” 

Itulah sedikit luahan dan juga pendedahan dari Uqasha Senrose apabila namanya terpalit dengan isu pembantu peribadi, yang mana kini sudah pun jadi kes polis.