Nelydia Senrose dah bertudung sepenuhnya? Ini jawapan dari tuan punya badan

7,631 views

Ramai yang tertanya sama ada pelakon Nelydia Senrose kini dah berhijrah dan menutup aurat. Setelah pulang mengerjakan umrah, Nelydia tampil dengan imej bertudung.

Apabila ditanya tentang hal ini, pelakon ini menyatakan dia kini masih lagi sedang belajar. Apa yang dilakukannya ini adalah selangkah demi selangkah, kerana masih dalam proses pembelajaran lagi.

“Budak yang sedang belajar berenang pun, mereka takdelah kena campak ke tempat dalam terus, dah tentu takut lemaskan.”

“Saya nak jalani proses penghijrahan ini selangkah demi selangkah. Saya memang sedang ke arah itu. Cuma sekarang ni saya tak berani nak cakap lebih-lebih pula.”

“Saya tak nak terlalu drastik macam dari A terus ke Z. Boleh kata saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan juga ilmu agama.”

“Dalam masa yang sama, kita pun nak sambut Ramadan, ini pun salah satu cara untuk menghormati bulan puasa ini.”

“Pulang dari umrah, saya slowly bertudung. Kemudian saya pergi ke Arab Saudi, amat seusai dengan orang yang berhijab.”

“Saya sedang belajar, apa yang terdedah tutup sikit demi sikit, aturannya pun cantik.”

“Dah tentu saya harapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Khuatri jika tersilap percaturan, hati akan berubah.”

“Hati kita ni bila-bila masa boleh tersasar. Hari ini okay, esok tiba-tiba dah jadi lain pula. Saya sentiasa berdoa agar diri ini terus istiqamah. Doa baik-baik.”

Namun, Nelydia Senrose akui, ada lakonannya yang belum bertudung bakal ditayangkan.

“Ada drama, penggambaran pada tahun lalu dan drama ini akan disiarkan bulan depan. Saya tak kisah ada yang mengata.”

“Tak semua orang faham, semua orang tak berada kat tempat kita. Saya harap semua sedar, proses nak terus istiqamah ni ambil masa dan cabaran.”

Tentang kariernya, pelakon berumur 27 tahun ini tidak risau jika perjalanan seni terjejas.

“Saya percaya rezeki itu dari Tuhan. Saya tidak gentar. Semua orang pun ada ujian masing-masing.”

“Kalau rezeki tersekat, mungkin akan ada sesuatu yang lebih baik.”

Itulah komen dari Nelydia Senrose yang juga adik kepada Uqasha Senrose dan kakak kepada Raysha Rizrose. Sepupun mereka iaitu Aprena dan Oktovia pun kini dah bertudung.