Malam tadi berlangsung semi final rancangan Famili Duo. Antara yang menarik perhatian sudah tentu juri tetap iaitu Mas Idayu.
Setelah seminggu melalui satu isu yang jadi bualan ramai, setelah memberi komen pedas sehingga Sissy Iman mengalirkan air mata, para penonton ternanti nanti apa pula yang akan berlaku kepada Mas Idayu pada minggu ini.
Pada minggu ini, Mas Idayu dilihat seakan merajuk pula untuk memberi komen kepada para peserta.
Adik beradik Siti Saerah dan Saida, tampil membuat persembahan pertama, dan setelah selesai, Mas Idayu langusng tak mahu memberi komen.
Kata seorang lagi juri iaitu Ajai, Mas Idayu tak mahu beri komen pada minggu ini.
Ini kata dari Ajai: “Saya ni mewakili Mas Idayu, mahu beritahu bahawa dia tak mahu bagi sebarang komen di persembahan Famili Duo untuk malam ini.”
“Mas Idayu tak mahu komen yang diberikan akan disalah anggap atau disalah tafsir pula nanti.”
Siti Saerah dan Saida ada meminta Mas Idayu untuk komen, sebab mereka nak belajar dan mengetahui pendapat Mas Idayu.
Ini kata dari adik beradik Siti Nurhaliza ini: “Kami nak dengar komen dari kedua-dua orang juri, ini kerana mungkin ini malam terakhir kami.”
Namun begitu Mas Idayu dilihat tetap berdiam diri mengunci mulut sambil gamat dengan sorakan para penonton.
Tak lama selepas itu, ketika selesai persembahan adik beradik Ayda Jebat dan Fyna Jebat, kedua peserta ini terus memujuk Mas Idayu untuk memberi komen.
Akhirnya Mas Idayu tampil membuka mulut, ini komen darinya yang lebih mesra di sapa dengan panggilan mami.
“Mami okay, mami happy. Nak beritahu pada Ayda dan Fyna di pentas, mami sebenarnya tidak kisah, serta tidak khutair dicerca dan dipandang serong orang luar.”
“Memang tidak kisah sama sekali pun. Tetapi apa yang Mummy khuatir ialah mami pula yang menghina dan mencerca orang.”
“Mummy ni tidak takut untuk memarahi, memberi terguran dan membentak peserta di atas pentas. Yang mami takutkan ialah apabila mami tak lagi mahu beri teguran.”
“Apapun, malam ini terus terang saya rasa korang memang bagus. Persembahan yang bagus malam ini, dua-dua okey.”
Selepas itu, Ayda Jebat dan Fyna Jebat telah turun dari pentas dan datang ke meja juri lantas memberi pelukan kepada Mas Idayu.
Dalam pada itu, Mas Idayu juga enggan memberi sebarang komen selepas pasangan Sissy Imann dan Naim Daniel selesai membuat persembahan.
Persembahan mereka dipuji oleh Ajai, dan Mas Idayu pula dilihat sedang busy menilai dengan menulis sesuatu di atas meja tanpa melihat Sissy Iman dan juga Naim Daniel di pentas. Namun Mas Idayu memberikan markah yang baik juga iaitu 8 per 10, manakala Ajai memberi 9 per 10.
Pengacara Sean Lee ada meminta Mas Idayu untuk memberi komen kepada Sissy Iman dan Naim Daniel, namun tak dihiraukan juri berkenaan.