Tuju tak hadir, ini komen dari Mk K-Clique sendiri

1,083 views

Penyanyi MK K-Clique telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita tercinta iaitu Siti Haajar. 

Majlis pernikahan serta resepsi pasangan ini diraikan dengan penuh meriah, dihadiri oleh ahli keluarga dan juga sahabat handai kedua mempelai. 

Ini termasuklah dengan kehadrian rakan-rakan dari kumpulan K-Clique sendiri iaitu Noki, Faeed, Nas, Somean, Gnello dan Kdeaf. 

Namun ternyata kelibat seorang rakannya yang juga bekas ahli K-Clique tidak kelihatan iaitu Tuju. 

Sebelum ini, Noki, pernah bersuara, dirinya terkilan kerana tuju tidak hadir ke majlis itu sungguhpun sudah dijemput oleh MK. 

Kini giliran MK sendiri pula berbicara tentang ketiadaan Tuju di hari bahagianya itu. 

Melalui temubual dengan portal Mstar, MK berkata, dia hormati keputusan Tuju untuk tidak hadir. 

Bagi Mk, kehadiran rakan yang lain pun sudah membawa erti yang besar buat dirinya. 

Jelasnya, sehingga kini, dia masih lagi menganggap Tuju bagaikan saudaranya sendiri. 

“Ketiadaan Tuju telah pun diisi dengan kehadiran anggota K-Clique yang lain. Saya amat menghormati keputusan Tuju untuk tak hadir. Saya memang percaya, dia sentiasa medoakan kebahagiaan saya.” 

“Saya masih lagi anggap Tuju ni sebagai seorang saudara kerana kami pernah lalui susah senang bersama.”  

MK juga berkata, dia memang tak ada dengar sebarang berita dari Tuju ketika ini. 

“Saya memang tak tahu apa khabarnya tetapi saya tak ada rasa simpan sebarang perasaan yang tak baik terhadapnya.” 

Itulah jawapan dari MK K-Clique tentang ketidak hadiran rakannya, Tuju ke majis perkahwinannya dengan Siti Haajar. 

Sebelum ini, Tuju disahkan telah keluar dari kumpulan K-Clique. Menerusi komen Noki, memang ada sedikit salah faham yang timbul di antara Tuju dengan kumpulannya itu. 

Apapun, semoga segala urusan Tuju, Noki serta semua ahli kumpulan K-Clique akan baik-baik saja selepas ini, bak kata orang, buang yang keruh ambillah yang jernih.