Mawi, Imran Ajmain tolak Gegar Vaganza

8,983 views

Rancangan nyanyian Gegar Vaganza merupakan antara program hiburan yang mendapat rating yang tinggi ketika ini dan sentiasa ditunggu-tunggu penonton di semua lapisan umur. Tanpa ada sebarang undian dari peminat, rata-rata peminat suka dengan konsep program ini yang mengetengahkan semula bakat-bakat atau penyanyi lama yang dah lama tak ada album baru.

Bukan semua penyanyi bersedia untuk masuk rancangan ini, dan antara yang menolak untuk sertai Gegar Vaganza ialah penyanyi Mawi dan juga Imran Ajmain.

Mawi yang mencanak naik selepas Akademi Fantasia berkata dia ada menerima tawaran untuk sertai Gegar Vaganza sebelum ini, namun memilih untuk tidak masuk kerana tak mahu terikat dan sukar memberi komitmen sepenuhnya.

“Jujur kata, buat masa sekarang ni saya tak nak sertai sebarang pertandingan nyanyian. Sebelum ini, GV ada offer. Saya ada juga dapat offer masuk Gema Gegar Vaganza. Akan tetapi saya memilih untuk tolak secara baik.”

“Bimbang jika tak boleh nak bagi komitmen sepenuhnya kerana fokus dalam pertandingan ni bukan biasa-biasa. Kalau kata saya ambil tawaran tersebut, saya dah tak boleh nak lakukan kerja lain sebab nak fokus.”

“Saya sudah lalui pertandingan ketika Akademi Fantasia oleh itu sedikit sebanyak saya ada pengalaman dan tahu macam mana rasanya.”

“Jadi, adalah lebih baik saya pilih untuk tak masuk bertanding dan lebih selesa macam ini.”

Mawi kini merupakan penyampai radio untuk station Zayan FM.

Sementara itu, seorang lagi penyanyi iaitu Imran Ajmain berkata dia juga ada terima offer untuk masuk ke Gegar Vaganza.

Imran Ajmain menjelaskan dia bukannya seorang yang competitive, dan akan alami anxiety sekiranya dalam keadaan yang menekan dirinya.

“Saya ini bukanlah seorang yang competitive. Saya tak biasa dengan dunia yang berlumba-lumba. Kalau letakkan saya sebarang pertandingan, saya rasa tahap tekanan akan terlalu tinggi untuk saya.”

“Kalau tersingkir pada minggu pertama mungkin saya boleh terima. Namun sekiranya berjaya masuk minggu seterusnya, mungkin saya tak dapat nak kawal rasa resah mahu pun perasaan gementar terutama ketika berada di atas pentas.”

“Saya ini seorang yang sukakan ketenangan dan kedamaian. Saya sukakan suasana yang santai macam muzik saya.”

“Kalau saya ada di dalam situasi yang kena cabaran seperti menyanyikan pelbagai jenis genre lagu, saya rasa saya tak layak.”

Musim baru Gegar Vaganza akan bermula pada hujung minggu ini dan antara nama popular yang masuk ialah Adibah Noor, Bandi, Datuk Fazley Yaacob, kumpulan Nico dan ramai lagi.