Sampai mengalir air mata Baby Shima, jelaskan hal sebenar kenapa masuk kelab

6,479 views

Nama penyanyi Baby Shima menjadi bualan ramai apabila ada gambar dirinya di dalam kelab telah tersebar.

Dalam gambar berkenaan, Baby Shima kelihatan sedang minum air dan bersama seorang lelaki dalam keadaan yang mesra.

Apabila ditanya tentang gambar berkenaan, penyanyi ini tak mahu berdolak dalik dan akui gambar itu memang dirinya.

Baby Shima pada mulanya tak mahu bercerita lanjut tentang gambar berkenaan dan juga identity lelaki tersebut.

Namun ianya telah menjadi viral sehinggakan ada pihak yang mengata diri Baby Shima.

Akhirnya Baby Shima terpaksa bercerita apa sebenarnya yang terjadi ketika gambar itu di ambil.

“Pertamanya Shima nak minta maaf tentang gambar tu. Tak tahu macam mana boleh tersebar, mungkin ada pihak yang nak burukkan nama Shima.”

“Itu ketika penggambaran untuk muzik video lagu baru Shima, berjudul Lalai. Puas hati korang” Itulah penjelasan dari Baby Shima kenapa dia ada di kelab.

Shima turut nafi sengaja nak buat gimik tentang tersebarnya gambar-gambar itu. “Buat apa Shima nak buat gimik sampai nak malukan diri sendiri.

Dalam pada itu, Baby Shima ternyata kecewa membaca komen-komen yang dilemparkan kepadanya.

“Shima nak beri penjelasan, sebab ramai komen kata bukan-bukan, tuduh macam-macam tanpa mengetahui hal yang sebenar.”

“Betul memang Shima ke kelab tetapi bukanlah untuk suka-suka saja. Kekadang Shima malas nak explain kerana apa Shima cakap nanti ada orang tak percaya juga.”

“Cukulah nak memburukkan nama Shima, nak menjatuhkan Shima, saya tak kacau kehidupan korang pun. Biarkan Shima bahagia dengan cara saya sendiri.”

Sebelum ini Baby Shima ada membuat kenyataan berasa sayu hati kerana memang ramai yang kurang gemar dengan dirinya.