“Patut Siti Sarah yang pasang batu nisan untuk saya” Raisuddin terkedu

6,710 views

Pada hari ke seratus pemergian penyanyi Siti Sarah, bapanya Raisuddin Hamzah telah pergi ke kubur anaknya itu untuk memasang batu nisan.

Raisuddin, 65 tahun, akui masih lagi terasa dengan kehilangan anaknya itu, apatah lagi dia dan Sarah amat rapat sepanjang hidup mereka.

Melihat nama Siti Sarah di batu nisan, Raisuddin akui terkedu seketika, sebab patutnya Sarah yang patut pasang batu nisan untuk dirinya.

“Hari ini dah 100 hari, tugas saya, di sebelah pagi saya pergi ke kubur untuk pasangkan batu nisan untuk dia.”

“Semasa pasang, saya tengok nama dia ada pada batu nisan tu, Siti Sarah Binti Raisuddin. Masa tu saya rasa macam terkedu mengenangkan dia dah tak ada.”

“Batu nisan ni untuk dia, patutnya terbalik, sepatutnya dia yang pasangkan batu nisan untuk bapa dia, untuk saya.”

“Seratus hari, apa pun yang saya rasa, saya kena letak tepi. Saya kena redha. Itulah kenyataannya, bahawa dia dah tak ada. Sudah tentu saya rindu.”

Ditanya apa yang dilakukan jika terasa rindu kepada arwah Siti Sarah, Raisuddin berkata dia akan memanggil nama anaknya itu.

“Saya akan panggil nama dia saja. Apa yang ada dengan saya adalah kenangan. Saya dan dia memang rapat. Apa pun benda semua dia cerita pada saya. Suka duka kita akan bersama.”

Bercerita lanjut, Raissuddin berkata cucu pertamanya iaitu Uwais memang seiras wajah arwah Siti Sarah.

“Anak Sarah yang pertama, Uwais memang mirip dengan dia. Bezanya Uwais ni lelaki, Sarah perempuan. Perangai pun lebih kurang sama.”

“Untuk Ayash, ramai kata wajah mirip Shuib, tapi bagi saya, untuk usia itu wajahnya juga mirip seperti Sarah. Tapi nanti wajah akan berubah.”

Itulah kata-kata dari bapa arwah Siti Sarah, Raisuddin Hamzah. Shuib dan keluarga telah mengadakan satu majlis tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah dan juga majlis tahnik dan cukur jambul baby Ayash Affan.