“Memang cantik dan gempak” Ini kereta RAYA 2022 milik Kamal Adli

5,429 views

Kini hari raya bakal menjelang, rasa sekejap saja, dah kurang dari dua minggu Ramadhan akan meninggalkan kita semua.

Namun pemergian bulan Ramadhan, akan disambut pula dengan kedatangan bulan Syawal, semua akan menyambut hari raya Aidilfitri.

Sudah tentu apabila hari raya mahu menjelma, akan ada persiapan yang dibuat menjelang kedatangan hari raya.

Lebih-lebih lagi hari raya tahun ini, apabila dah lama tidak beraya sakan setelah terjadinya perintah kawalan pergerakkan beberapa tahun sebelum ini.

Sambutan hari raya tahun ini dijangka akan lebih meriah, penuh dengan aktiviti kunjung mengunjung dan juga rumah terbuka.

Menjadi kebiasaan, ada orang suka buat persiapan rumah, kemas rumah, beli barang baru. Tetapi ada juga yang suka buat persiapan lain, seperti kereta.

Untuk sambutan hari raya tahun ini, pelakon terkenal, Kamal Adli telah membuat satu perubahan ke atas kereta kesayangannya.

Kamal Adli yang merupakan suami kepada Uqasha Senrose telah menukar warna baru kepada kereta Mercedes Benz miliknya.

Pelakon ini memilih dua warna sebagai warna baru keretanya itu.

“Alhamdulillah terima kasih kepada team R124 Auto Art sebab buat kereta Kamal ni nampak gempak nak raya ni. Cayalah.”

“Sesiapa yang nak dua color, dua tone warna macam kereta Kamal ni, boleh pergi kedai ni. Minta je warna apa yang korang nak, nak minta warna macam kereta Kamal ni pun okey.”

Kamal Adli meminta warna kombinasi lime green dan juga sable black, memang cantik sekali.

Kata wakil kedai berkenaan, Kamal Adli mahu memperlihatkan kereta Mercedes miliknya itu kelihatan lebih garang.

“Kamal Adli minta nak lin dari yang lain. Nak bagi garang sikit, jadi kami buat kombinasi dua warna iaitu lime green dan juga sable black ni. Juga cat rim kereta dengan warna grey. Jom layan baju raya kereta Kamal Adli ni”

Memang cantik kereta Kamal Adli, untunglah boleh bergaya dengan kereta ni. Selamat hari raya.