Ali Puteh akui amat terkejut apabila dapat satu surat dari mahkamah yang telah memaklumkan rumah milik arwah ibunya iaitu Sabariah Arshad akan disita. Rumah arwah ibunya itu terletak di Batu 10 Gombak, Selangor.
Penyitaan ini akan dibuat ekoran kegagalan Ali Puteh untuk melunaskan pembayaran ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada balu arwah Abam iaitu Hidayah seperti yang telah diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pelawak berumur 34 tahun ini memberitahu, dia bukannya sengaja tak mahu bayar namun kewangan dirinya sendiri pun terjejas ketika ini.
“Ya saya memang belum dapat buat pembayaran kerana pendapatan saya dah tak macam dulu. Kerja saya pun dah tak ada. Saya ni bukan nak menolak membayar RM60,000 itu, cumanya saya tak boleh nak langsaikan sekali gus.”
“Saya ada tanggungan dan ketika ini kerja tak ada langsung. Saya cuba membayarnya secara ansuran.”
“Namun saya amat terkejut setelah dapat panggilan dari bapa saudara cakap yang rumah peninggalan arwah mak saya terima perintah dari mahkamah untuk penyitaan.”
Ali berkata dia amat pelik kenapa rumah arwah ibunya yang akan disita walhal ia tak ada kena mengenap dengan kes dengan Hidayah.
“Saya memang amat pelik, ini harta arwah mak saya mengapa pula dijadikan cagaran atau pun disita. Kes kena bayar RM60,000 tu di antara saya dengan balu arwah abang saya tetapi pelik mengapa pula harta arwah mak saya dicampur aduk dengan kes ini.”
Jelas Ali Puteh, rumah arwah mak itu bukan atas nama dirinya.
“Rumah itu di atas nama arwah mak saya dan bukan atas nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ni ada anak kecil kini ada pula surat sitaan mahkamah yang bercop, hal ini tak patut terjadi. Nak membalas dendam kononnya hukum karma.”
“Saya mahu meneekankan, kes ini memang berlainan, kes saya dengan balu lain adalah lain dengan kes faraid tu.”
Ini pula pesanan dari Ali Puteh kepada pihak Hidayah.
“Saya minta jasa baik kepada keluarga balu berhenti buat video perkara tak benar, jika awak perlukan RM60,000 untuk saya bayar. Selagi ada kudrat daya ni, dan ada rezeki saya akan cuba untuk bayar. Tak payah nak tunjuk siapa yang betul lagi dah untuk masa sekarang ini.”
Itulah kenyataan dari Ali Puteh.